Sejak itu aku umpama kehilangan apa pengertian Pernikahan dan Perkahwinan...Setiap kali di tanya disakat oleh saudara mara dan teman setiap kali itu aku pura-pura tidak dengar dan pura-pura tidak faham akan persoalan itu. Puas ku berlari menyelamatkan hati aku demi tidak mahu orang bertanyakan " Bila Nak Kahwin"...erk..krik..krik..cukup bosan.
Kenangan tetap kenangan..manakah mungkin dapat dibuang begitu sahaja.....
Soal jodoh, kini aku berserah pada illahi...biar dia yang menentukan siapa jodohku yang terbaik..Dan sejak hari itu aku berhenti berharap dan berhenti berusaha utk mencari jodohku..Biar usia dimamah dek waktu..
Walaupun ku sakit, walaupun ku derita..walaupun aku terlalu sedih aku sentiasa menyayanginya, sentiasa rindu padanya...permata hati dan teman hidup yang pernah aku pilih sendiri untuk hidup bersama namun apakan daya aku terpaksa lepaskan dia tanpa kerelaan...
Sebenarnya Aku Masih Perlukan kamu.....