Terima kasih kerana korang sudi Singgah ke Blog ini...

Blog ini aku reka hanya semata-mata utk meluahkan segala apa yang aku rasa...agar kehidupan aku lebih sempurna untuk hari demi hari.... Tak kira perasan sedih ke, susah hati ke ataupun gembira..semuanya aku akan coret kat blog ni....So aku hanya mempersilakan pada org-org yg bleh sharing ngn aku je..okey..

Anyway..Nice to meet you all...




Janji aku...

Thursday, December 22, 2011

Tahniah Sayangku..

Ucapan tahniah yang hanya aku dapat ungkapan kepada sidia...setelah aku dapat tahu die sudah bertunang dengan insan yang pernah memujanya sewaktu dulu...akhirnya lelaki tu dapat juga memilikinya setelah aku memutuskan ikatan pertunangan antara aku dan dia...mungkin itu yang die tunggu...

Aku meyedari semuanya umpama satu kesilapan yang amat besar dalam hidupku...namun aku perlu akur jika itu ketentuan illahi...andai perpisahan ini adalah satu perancangan dari Allah SWT....Jika ruginya bagi aku meneruskan perhubungan ini namun setiap apa yang berlaku pasti Allah SWT menjanjikan kebaikan dan rahmat pada kita..Jika apa yang aku hadapi sekarang adalah kesukaran dalam hidup dan penderitaan hati dan perasaan kerana itu yg pernah aku pohon kepadanya ketika aku hilang semangat dari terus memikirkan tentang perhubungan yang pernah aku rancangkan dalam kehidupan aku yang terakhir ini..

Lelaki itu sangat beruntung kerana aku lebih mengenali dirinya saat die tidak pernah kenal erti dunia & kejujuran, tidak pernah kenal keinsafahan dan tauladan....akulah satu-satunya lelaki yang pernah kenal die saat di IPT lagi...dan aku pernah menjadi senior dalam pengajiannya, rakannya, dan pernah juga menjadi seorang abg kepada sorang adik perempuan sehingga kami jatuh cinta lalu menjalinkan hubungan yang istimewa..dan bukan setakat itu sahaja...aku pernah menjadi bekas kekasihnya saat hubungan kami gugur dipertengahan dan kerana takdir juga kami telah dipertemukan berulangkali hingga aku menjadi Tunangnya,,,dan kini aku telah menjadi bekas tunangnya...

Semua kepahitan itu aku telan seorang diri, itulah satu tempoh yang perit utk mendewasakannya...disaat dia sendiri tidak pernah kenal pada diri sndiri dan apa yang dia inginkan dalam hidup...Setelah apa yang berlaku die telah menjadi lebih dewasa utk mengenali erti kejujuran dan kehidupan..Kini aku meyedari dia bahagia bersama tunangnya..apa yang aku mampu adalah meneruskan perjalananku seperti sediakala...Cinta dan pertemuan itu aku berserah pada takdir...

Aku tidak mampu lagi utk memikirkanya..kini aku suffer demi tidak mahu memikirkan hal-hal perasaan..tuhan telah memakbulkan doaku..inilah yang aku dapat..kesukaran utk menghadapi kehidupanku sendiri...kerana perkahwinan yang aku rancang tidak kesampaian...aku telah memilih jalan daif utk aku lupakan hal perkahwinan dan masa depanku....

Terima kasih untuk semua ini...kehidupan aku gagal kerana cinta....Tahniah sayangku...