Terima kasih kerana korang sudi Singgah ke Blog ini...

Blog ini aku reka hanya semata-mata utk meluahkan segala apa yang aku rasa...agar kehidupan aku lebih sempurna untuk hari demi hari.... Tak kira perasan sedih ke, susah hati ke ataupun gembira..semuanya aku akan coret kat blog ni....So aku hanya mempersilakan pada org-org yg bleh sharing ngn aku je..okey..

Anyway..Nice to meet you all...




Janji aku...

Sunday, December 26, 2010

Kau akan kehilangan aku..tapi cintaku tetap milik kau selamanya..

Cinta ku terhadap kau sejujurnya tidak pernah berubah atau pudar...percaya atau tidak hanya tuhan saje yang akn mampu mengubahnya utk ku.... Demi Allah sungguh berat utk aku melepaskan kau utk org lain, sekian lama aku menanti kau dn ku tunggu saat bahagia bersama kau..tpi tuhan itu lebih maha mengetahui...kite hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan sgalanya perjalanan perhubungan kite...

Bagi ku kau cukup indah dan kau terlalu cantik utk ku, shingga aku takut akan kehilangan kau saat aku betul2 memerlukan kau...aku x berdaya jika aku khilangan kau pada satu hari nanti sehingga aku terpaksa melepaskan kau walaupun tanpa kerelaan hati aku yang tulus....Sudah lama aku mencuba utk melupakan kau, tapi aku x berdaya kerana kau cinta terakhir aku tiada insan lain yg dpt ku cintai selain kau..

Aku pun dah buat kputusan utk pergi dri hidup kau..kerna mungkin ada insan lain yg lebih layak dan sesuai utk kau...
Atas alasan tiada keserasian kite membuat keputusan utk berpisah dan mengharungi laluan masing-masing..mungkin itu yang terbaik dari kite teruskan jika kite tiada lagi persafahaman..
dan sering bertengkar dan ikut kata hati masing-masing tanpa memikirkan perasaan kite sendiri..

Aku doakan kau agar dapat kebahagiaan yang kekal selepas ini...tanpa lagi aku disisimu...
Jika takdir kau bersama insan lain, aku x sanggup melihat kau bersanding di hari perkahwinan kau nanti, kerana di hari persandingan kau saat itu cinta aku terhadap kau masih kuat dan amat dalam...namun aku takkan mampu utk mghalangnya kerna itu yg tuhan mahukan utk hambanya...jika itu yang terbaik utk kite...aku tutup hati aku utk insan lain..kerna cinta dan kasih ku hanya ikhlas utk kau....kau akan kehilangan aku , tapi kau takkan kehilangan cinta ku....

Maafkan aku kerna membuat kputusan sebegini...aku nak kau tahu aku terlalu cintakan kau dan x sanggup akan kehilangan kau lagi...dan dirampas oleh insan lain saat kau digenggamanku...dgn cara ni sekurng2nya dapat meringankan penderitaan ku walaupun ku mula sedar kau bahagia tnpa ku disisi....

Ruzaimi& Radiah
10.10.10 sweet memories along my life..
My Heart,My love, My Soul, My Life only for you..

Tuesday, November 23, 2010

Cinta Terakhirku...


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya segalanya

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Segalanya ketentuan Tuhan

Thursday, November 18, 2010

Luahan Hati dan Memang Khilafku...


Pertama kali ku bertemu dengan mu...
Sayunya hatiku merindui dirimu...
Walaupun baru kite bersua moga namun aku telah jatuh cinta..

Pertama kali ku bertemu dengan mu..
Hatiku terpaut melihat senyumanmu..
Aku mengharap engkau menerimaku..
Kerana aku pun sedang menyintaimu...

Akan aku renang lautan yang berapi..
Membuktikan kehebatanya cinta ini..
Tetapi jika kau meninggalkan aku..
Terhiris hati ini, terguris jiwa ini menangis tak berlagu..

Biar pun ombak yang merubah pantai..
Kasih ku takkan hancur berderai..
Biar pun hari berganti hari..
Dirimu tetap ku nanti..

Sayangku pimpinkan tanganmu..
Menuju mahligai bahagia..
kite bersama nikmati kisah cinta..
Hidup bagaikan di syurga..
oh kasih..

Memang khilafku menyayangimu..
Memang khilafku mencintaimu..
Tapi ku tahu semua itu..
Tak akan kembali lagi..

Bukan ku pinta segunung janji..
Tidak ku harap sinaran ini..
Cuma Ku ingin setulus kasih..
Kasih yang kekal selamanya...

_ _ _ _ _ _
Senyummu enggan pergi..
Tawamu mengiringi wajahmu ku terbayang..
Hadirmu bagai mimpi..
Seumpama bidadari..
Potret mu ku tatapi..
Mengharap engkau kembali..

Bukan ku rindu saat bersamamu..
Tidak kah mampu melupakanmu..
cuma ku tahu semua itu tak akan kembali lagi..

Sunday, November 7, 2010

Bagilah aku peluang untuk bahagia....

Inilah yang terjadi akibat selalu berjauhan..pelbagai rintagan aku terpaksa hadapi...bukan la aku minta semua ini, tetapi sudah ketentuaan illahi aku terpaksa berjauhan pada org yang aku sayang...Namun kami dah setuju dan kami rela berkorban demi masa depan kami..itu la yg pernah dibincangkan antara aku dan die...sekarang jarak aku dan die melebihi 250km....segala2nya aku xdpt berkongsi dgnnya melainkan dgn menerusi telefon, sms, yahoo messenger dan Facebook...

Jikalau x kerana Ombak takkan pantai berubah, itu la yang bleh aku samakan dgn keadaan di sekeliling ku...Bagilah aku peluang untuk bahagia bersama die...hormati la aku ni miliknya dan die miliku...cukup la penderitaan aku selama ini....sering diganggu dgn pendatang2 baru dlm kehidupannya...selagi die masih milikku aku akn cuba pertahankan maruahnya sebagai miliku...Hentikan la perbuatan ko yang ingin cuba mengambil kesempatan utk milikinya dan mencuri hatinya darpada aku...Wahai lelaki, aku cukup hormati kau sebagai manusia biasa, aku hormati ko sebagai rakannya....dan hormati la die juga sebagai hak milik ku...

Sahabat, Kalau jodohnya mmg tertulis utk bersama kamu dan takdir dari tuhan ia bukan milik aku..aku bleh terima dgn hati yang terbuka....tetapi selagi die masih milik aku dan aku masih bernyawa...bagilah peluang kepada kami menikmati kebahagiaan dalam perhubungan kami...3 tahun kami cuba membina mahligai...sudah pelbagai rintagan kami hadapi sehingga gagal pun sudah..tapi kini kami cuba membinanya semula...utk langkah seterusnya...

Aku yakin kau bleh dpt yg lebih baik dri apa yang aku miliki...krna mungkin apa yang aku miliki skrg adalah terbaik buat aku...doakan kami hingga kejinjang pelamin dan bahagia keakhir hayat kami..bukan menghancurkan hubungan kami....


Thursday, October 21, 2010

Andai suatu hari nanti aku pergi...

Inilah perkara yang paling aku takutkan...adakah ketika itu Pahala didalam diri aku dh cukup utk aku bawa kealam kematian...serta dialam akhirat...banyak tanggungan yg aku akan bawa selepas ini..adakah aku berjaya utk lakukannya...adakah aku akan berjaya utk mendidik seluruh keluarga aku sendiri yang akan aku bina suatu hari nanti...Subhanallah aku amat takut wahai tuhanku..

Namun aku cuba sebaik yang mungkin utk menjadi seorang anak, seorang ayah dan seorang ketua keluarga yg terbaik sepanjang hidup aku...cukup la sebelum aku pergi suatu hari nanti...aku sempat membekalkan ilmu agama kepada isteri dan anak2 aku insyallah...sekurang2nya suatu hari nanti apabila aku pergi isteri dan anak2 aku x pernah putus berdoa untuk aku...dan selalu membaca al-quran selepas solat...itu yg aku impikan sebuah keluarga yang cukup sempurna walaupun tanpa dihiasi dengan kemewahan atau harta benda tetapi cukup la sekadar sesempurna apa yang mampu...insyallah..

" Ya Allah yang maha besar segala puji bagimu...kau lindungi hamba mu ini dari segala keperitan hidup, kau mempermudahkan perjalanan hidupku...aku bermohon kepada mu...dengan namamu yang maha permurah dan maha pengasih...aku bermohon kau berkati dan restui hubungan aku dan bakal isteriku...kau berikan kami pertunjuk yg diredhai oleh mu...serta kau limpahkan rezeki kami sehingga ke akhir hayat kami dan bahagia didunia dan akhirat kelak" amin

Friday, October 15, 2010

" Friday Fever"


Mcm biasa la, setiap hari jumaat aku akan cuti dari memikirkan hal2 cinema dan masalah staff2 aku..tapi mcm ni la..dari dulu smpai skrg aku sentiasa keseorangan...dari xde gf, smpai ada gf hingga lah ada tunang..sentiasa alone... tapi nak watmcmne...ini lah nasib ku terpaksa hidup ditempat orang..

Apa-apa pun yang berlaku bukan la aku sengaja..tapi kalau lah x kerana kerja xde la aku smpai negeri bandaraya bersejarah ni...walaupun org berpusu-pusu nak dtg tempat ni..tapi aku rasa biasa jew...xde apa pun kat sni just nice la klu nk berjalan2 tempat bersejarah..Aku harap si die tu bleh faham kat aku...aku bukan la xnk pindah..tapi ni semua utk masa depan kami bersama...klu aku pindah company lain, confirm benefit xkn sama dgn apa yang aku dpt skrg...then xde la nak merasa hidup senang sikit...So aku harap die faham sgt dgn kerja aku...

Cuma aku minta die walaupun jauh x jumpa pun xpe aku harap die selalu rajin hubungi aku..dan ambil berat pasal aku...
aku ni senang je nak jaga...aku bukan macm lelaki lain..Control je aku ni..confirm aku bleh follow...sbb aku suka org ambil berat pasal aku, cemburu kat aku..sbb semua tu akan dilakukan apabila kite benar2 sayang akan seseorang tu..betul x?..so aku xkn sia-siaknya...percaya lah...

Apasal erk aku ni tiba2 emosi sgt ni...dah-dah relaks takumi....apa2 pun aku cuba lakukan terbaik..ni semua utk masa depan bersama...
"Bukan senang nak senang dan Bukan susah nak susah" so aku x nak hidup aku susah mcm dulu pergi kolej pun naik basikal, pergi praktikal kat hotel pun naik basikal....so dah smpai masanya aku nak rasa hidup selesa sikit berbanding dulu...

Anyway aku bersyukur dengan apa yang aku miliki....aku harap tuhan x amik nikmat yg diberikan pada aku selamani..dan aku harap rezeki dan perjalanan hidup aku di berkati oleh Allah S.W.T..insyallah....




Tuesday, October 12, 2010

Hari Pertunangan akU bersama die...


10 oktober 2010.....
Hari yang penuh bermakna buat sepanjang hidupku....jika die dulu hanyalah sebuah angan-anganku..kini ia menjadi kenyataan...dan sekarang die hampir menjadi milik aku..kini kami telah mempunyai satu ikatan rasmi dalam ikatan Pertalian Pertunangan... Dariduka..duka..dan duka kini aku semakin bahagia...

10.10.10 adalah idaman pada setiap pasangan utk dijadi tarikh yg terindah dalam kehidupan setiap pasangan...Aku juga tidak ketinggalan utk memilih tarikh yg paling cantik itu dijadikan tarikh yang amat bermakna dalam hidupku....Apatah lagi ia juga hari Ulangtahun perkenalan kami iaitu 10 Oktober 2007....

11 dulang berbalas 13 dulang....itu lah adat orang melayu..tidak juga ketinggalan dari adat MERISIK yang telah disempurnakan pada Hari Raya Ke3 bersamaan pada 12 September 2010...Disitu la permulaan bicara dari kedua belah pihak yang telah dipersetujui utk melangsungkan Majlis Pertunangan pada Hari Ahad,10 Oktober 2010....
Alhamdullilah tepat pada masanya serta semuanya berjalan seperti yang telah dirancang oleh kami....

kini die SITI xxxxxxBINTIxxxxx telah menjadi pilihan hati aku...dengan restu kedua belah kelurga kami telah didahulukan dengan ikatan Pertunangan sebagai lambang Kasih kami...sebentuk cincin telah disarungkan keatas jari manisnya sebagai tanda kasih ku terhadap die Siti Radiah....

terima kasih kepada keluarga tercinta Ayah.mak, Akak dan adik kembar ku....tanpa kamu semua abg xkn bahagia selalu...Tidak lupa gak kepada saudara mara yg dapt meluangkan masa utk menyertai rombongan sebagai wakil saya....yang terbaik kengkawan yang sporting Pami,Enol,Nokman,Fadhil Basiran, Faiz, Yaya Rosli, Fadil Yusof, Brader shah dan fird korg mmg terbaik..thanks byk2...aku happy korg dapt follow rombongan aku...doakan aku k utk step seterusnya..aku pun doakan utk ko gak k..terutama utk ENOL n Tunangnya serta PAMI & YAYA ROSLI bila turn korang plak..aku x sabar ni nak tunggu....heheh..

Apa harapan aku kali ini, tiada lagi gangguan didalam hubungan aku dan die...bagi la aku bahagia selagi aku masih mampu untuk bernafas...selagi tuhan memberi aku nyawa selagi tu la aku perlukan die lebih dari korang perlukan...
"Aku sentiasa berdoa agar hubungan kami sentiasa dilindungi ALLAH SWT...serta di berkati dunia dan akhirat..Amin..."



Wednesday, June 9, 2010

Sinopsis kisah aku dan die





Assalamualaikum....

Ini la kisah sedikit sebanyak tentang perhubungan antara gadis yang paling aku sayangi... yang namanya belum bleh disebut lagi...aku pun x tahu apa kelebihan pada dirinya sehingga aku teramat sayang pada die...terlalu dalam aku simpan cinta die didalam lubuk hati aku...aku x pernah terjangka sejauh ini aku dpt kenal hati die...susah, sakit,perit,gembira dan macam-macam lagi sehingga aku x dpt gambarkan penderitaan yang telah aku alami sepnjang hubungan aku dan die...tapi tidak sedikit pun pudar cinta n sayang aku terhadap die...

Disebabkan itu aku membuat keputusan utk bawa diri keluar negara kononnya nak release tension...aku harap aku dapt buang semua perasaan aku terhadap die disana..shingga aku sanggup belanjakan duit simpanan aku utk pergi melancong...disana aku dapat hilangkan segala perasaan aku terhadap die...tetapi sikit sebnyk ada lagi tertinggal dijiwa ni...sbb die la cinta pertama aku...namun apabila dipaksa utk membenci akan dirinya ternyata aku masih gagal....aku x dpat mgawal perasaan ini sekali lagi...

Inilah babak cerita yg tidak dapat digambarkan apabila membacanya.. kerana ia terlalu banyak pengalaman yang aku rasai seorg diri walaupun blog ini adalah kisah antara aku dan die...kegembiraan itu terlalu sedikit kalau nak digambarkan berbanding kelukaan dan keperitaan dalam hubungan aku dan die....Namun semuanya hanya kenangan....Aku tetap meyayanginya sepanjang hidup ku...dan aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti die akan kembali bersamaku...