Terima kasih kerana korang sudi Singgah ke Blog ini...

Blog ini aku reka hanya semata-mata utk meluahkan segala apa yang aku rasa...agar kehidupan aku lebih sempurna untuk hari demi hari.... Tak kira perasan sedih ke, susah hati ke ataupun gembira..semuanya aku akan coret kat blog ni....So aku hanya mempersilakan pada org-org yg bleh sharing ngn aku je..okey..

Anyway..Nice to meet you all...




Janji aku...

Saturday, July 7, 2012

Sebenarnya Aku Masih Perlukan kamu....

Masa itu sudah pun berlalu cukup lama....dan sepatutnya ia dah boleh pergi dengan tenang...namun saban hari ia hadir umpama angin yang membawa...Cukup sempurna aku menarik nafas untuk memastikan Oksigen cukup sampai kedalam otakku ketika angin itu bertiup...Ya Allah, sebak yang ku rasakan...

Sejak itu aku umpama kehilangan apa pengertian Pernikahan dan Perkahwinan...Setiap kali di tanya disakat oleh saudara mara dan teman setiap kali itu aku pura-pura tidak dengar dan pura-pura tidak faham akan persoalan itu. Puas ku berlari menyelamatkan hati aku demi tidak mahu orang bertanyakan " Bila Nak Kahwin"...erk..krik..krik..cukup bosan.

Kenangan tetap kenangan..manakah mungkin dapat dibuang begitu sahaja.....

Soal jodoh, kini aku berserah pada illahi...biar dia yang menentukan siapa jodohku yang terbaik..Dan sejak hari itu aku berhenti berharap dan berhenti berusaha utk mencari jodohku..Biar usia dimamah dek waktu..

Walaupun ku sakit, walaupun ku derita..walaupun aku terlalu sedih aku sentiasa menyayanginya, sentiasa rindu padanya...permata hati dan teman hidup yang pernah aku pilih sendiri untuk hidup bersama namun apakan daya aku terpaksa lepaskan dia tanpa kerelaan...

Sebenarnya Aku Masih Perlukan kamu.....

Friday, May 25, 2012

Ini bukan sifat keistimewaanku..

Ya Allah, sudah setahun ia pergi..sedikit pun die tidak pernah kesal dengan apa yg die lakukan..malah aku tidak pernah bosan untuk sendirian tanpa cinta yang baru..tiada perasaan yang loya untuk aku kenangkan semua perihal tentang dia...Andai satu hari nanti aku mempunyai cinta yang baru adakah aku akan terus bergini..? Ini sebabnya aku tidak mahu terikat pada mana-mana cinta kerana aku bimbang aku akn membuat cinta yg lain sunyi, cemburu, kecik hati dan bosan dgn cara aku..biarlah apabila hati ini sudah terbuka pada insan lain, biar aku yang pergi mencarinya sendiri...

Sebenarnya tiada sifat yang istimewa yang mampu aku ungkapkan..yang perlu aku beritahu pada semua, yang perlu aku tunjukan kepada yang lain...ternyata kesetiaan mencintai seseorang adalah suatu sifat yang merugikan...sedang dalam islam telah melonggarkan bahawa kaum lelaki dibenarkan berkahwin sehingga 4 orang perempuan..tetapi aku? sedang hanya dalam percintaan terawal..aku telah yakin dgn kesetiaan aku...Apakah ini dinama keistimewaan aku? mungkin bukan didunia..apatah akhirat yang aku sendiri tidak tahu dimana tempat ku nanti disana...Subhanallah..Aku terkaku apabila memikirkan tentang itu...

Aku hanya insan yang tidak pernah tahu erti sakit..erti terluka..pelbagai dugaan aku pernah lalui bersama cinta aku..tetapi kenapa aku masih mengagongkan perhubungan yang telah berlumut, mati dan pergi ini...?
Kini die sedang sibuk menghintung setiap masanya yang hanya tinggal beberapa hari lagi die akan menjadi isteri orang lain buat selamanya...sedang aku disini sedang berfikir apa yg akn terjadi pada diri aku selepas ini...
Tabahnya aku..kena aku perlu tabah sebegini...Ya Allah kau lindungilah aku...kau kuatkan hati aku..agar aku dapat tempuhi segala kemungkinan yang bakal terjadi....Kau lembutkan hati aku..untuk sentiasa sujud kepadamu dan ambillah nyawa aku jika sudah tiba masanya..lenyapkan die dari minda dah fikiranku..Agar aku tenang untuk selamanya...

Bismillahirohmannirohim,

" Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek..." Amin

" Senyuman ku bukan utk die tapi utk kamu..kesedihan ku bukan utk kamu tetapi utk die..." 

Sunday, April 29, 2012

Aku nak aku tahu...



Siapa yang mengukirkan ini semua?





Antara yang terakhir yg masih aku simpan..


Khas utk diri kau..



Aku tak pernah mencuba nasib aku utk memohon kau kembali didalam dakapan aku..cukup kau berikan aku sedikit waktu utk kita buat kali terakhir..Aku cuma ingin sedikit perhatian buat kali terakhir...namun ini yg kau balas pada aku...Saat kau dulu jatuh terduduk memohon sesaat pengharapan dari aku...namun aku bagi kau seluruh kehidupan aku pada kau...walaupun kau pernah melukakan hati aku sekejam-kejamnya...tapi aku masih boleh tunduk dan memberikan kau peluang demi taknak hati kau hancur...kini aku hanya memohon sedikit perhatian dari kau...sedikit sahaja..tapi kau ungkit pasal maruah dgn aku sedangkan kau sebenarnya tak layak sebut pasal maruah pada aku...kau ungkit pasal dah ludah jilat balik...mungkin kau lupa..siapa kau dulu..sebelum jadi tunang aku...dan mungkin kau lupakan...sbb aku syg..sgt2 syg..aku perjudikan hati dan perasaan kau demi kau...

Aku kesal dengan segalanya..ini kau balas utk aku...Aku cukup terluka..dengan kata-kata kau...
Apa yang mampu aku cakap pada kau..Andai tiada org yg akan meyayangi kau lagi..tetapi aku masih ada yang boleh meyayangi kau smpai bila-bila..hanya terputusnya nyawa dari badan aku...yg akan menamatkan segala-galanya....

Takziah pada Dia..

19 April 2012 aku dapat khabar berita yg sgt meyedihkan...apabila megetahui ibu sidia yg lama sudah jatuh sakit meninggalkan kita semua...walaupun antara aku dan die tiada apa2 ikatan..namun keluarganya dah seperti keluarga aku juga..sepertimana aku pernah terima dirinya..begitu juga keluarganya...Arwahnya juga sgt baik pada aku...dan aku pernh berjanji utk menjaga anak die satu hari nanti...tapi....

Tersentap aku seketika..namun apakan daya aku tak mampu utk pergi melawat arwahnya buat kali terakhir...berat sungguh aku hendak megucapkan sesuatu kepadanya...namun aku hnya dapat menelefon kak Maya..utk memastikan berita itu benar...memang ternyata benar.lalu aku cuba kuatkan hati utk menghantar SMS kepada die...

Pada hari keesokkannya..jenazah ibunya selamat di kebumikan..Allhamdullillah.....disusuli menerusi telefon je...utk mengambil berat dari jauh..apakan daya...jika aku hadir sekalipun belum tentu ada yg suka...
Sekali lagi aku menelefon Kak Maya...dan kak maya memberi ruang utk aku bercakap dgn sidia...
Ya Allah gugupnya jantung aku seketika...terasa rindu yg amat sgt..hampir setahun suara itu tidak berbisik di telinga ku...Namun aku cuba utk kawal emosi aku..namun ternyata gagal...

Berlinangan airmata aku ketika bercakap dgn sidia....apabila die bercakap dgn rendah dirinya..dia akan bernikah tidak lama lagi...Subahannallah..jatuh segala ego jantan aku...Sebenci-benci aku padanya..aku tetap sayang dan cinta die sorang sahaja..aku tiada siapa2 yg bleh aku jatuh cinta..melainkan die...
Die bermohon pada aku...dan berjanji..buang semua kenangan kita..dan cari yg terbaik daripada die...aku x mampu utk kotakkn janji die itu...kenangan saat aku dan die..dah kekal bersemadi didalam diri aku...dicungkil sedalam mana pun die tetap ada didalam hati dan pemikiranku...Itulah keikhlasan aku terhadapnya....

Takziah adalah kata2 terakhir aku sbelum kami menghentikan perbualan kami...disusuli soalan terakhir dari aku...Adakah apa yg die buat ini adalah keputusan terakhir die...dan adakah apa yg die miliki skrg sama seperti apa yg aku berikan dahulu? lalu die menjawab.." Jangan buat i serba salah u...dan apa yg i dapat tak sama seperti u berikan dan i tak tahu sejauh mana i akan percaya dgn apa yg die bakal miliki"....

Sungguh tenang hati aku seketika...Sekurang2nya kau sedar dan kau perlu tahu...Janji aku sepanjang hidup aku..aku akan buat yg terbaik utk kau..dan aku akan pastikan...tiada insan lain selepas aku dapat memberikan yg lebih baik utk kau. selain dari aku...

Apa-apapun Al fatihah buat Ibu tercinta Siti Radiah Binti Masram..semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman..insyallah..

Friday, March 2, 2012

Aku Bermohon kepadamu Ya Allah...

Semakin waktunya menghampiri aku..semakin itu aku tidak tenteram...hari demi hari aku cuba utk membawa diri aku sndiri utk pergi jauh dari perasaaan kesakitan dan penderitaan...kini kian setahun telah berlalu tiada siapa pun aku izinkan untuk memiliki hati dan jiwaku...

Kini aku jatuh dan terseksa selepas apa yang berlaku..semakin jauh aku melihat jodohku..dan semakin rapat pintu hati aku tertutup...

" Ya Allah ya tuhan ku yang maha pengkasih dan maha penyayang...aku menadah tangan memohon kepadamu...kau berikan aku kekuatan untuk meneruskan mengharungi dugaan ini Ya Allah...aku memohon kepada mu Ya Allah limpahan rezeki dan keredhaan mu serta memperluaskan pintu rezekiku...agar aku dapat meneruskan kehidupan aku dan saki baki kebahagiaan ini...kau bukakanlah pintu hati aku kepada insan yang benar meyayangi aku dan yang telah ditakdirkan olehmu..Amin Ya Allah.."

Tuesday, January 31, 2012

Jika tuhan takdirkan utk aku bertemu dgn dia buat kali terakhir..

Sesungguhnya aku sudah menerima perkhabaran bahawa die akan bernikah tidak lama lagi..namun aku perlu terima dgn redha...dan aku berharap dgn kuasa tuhan aku ditakdirkan utk bertemu dgnnya buat kali terakhir..agar aku dapat hilang rasa rindu yg sekian lama terpendam..walaupun aku tahu die pernah meyakitkan aku....dan aku berharap aku dapat melihat wajahnya sebelum die menjadi isteri yg sah kepada org lain...kenapa tidak kali ni aku bermohon dgn keizinan dari Allah swt utk menunaikan hajat ini....kerana disaat die bersamaku..knpa dugaan dri lelaki lain yg mengganggu hubungan aku datang sedangkan aku tidak pernah lakukn sblum ini walaupun die pernh jadi milik orang lain...Inilah permintaan terakhir dari ku sblum die di ijab kabulkan...agar sesuatu suratan bakal terjadi dan alasan yg bakal Allah Swt aturkan terjadi dalam satu pertemuan aku dan dia..Amin Ya Allah..