Terima kasih kerana korang sudi Singgah ke Blog ini...

Blog ini aku reka hanya semata-mata utk meluahkan segala apa yang aku rasa...agar kehidupan aku lebih sempurna untuk hari demi hari.... Tak kira perasan sedih ke, susah hati ke ataupun gembira..semuanya aku akan coret kat blog ni....So aku hanya mempersilakan pada org-org yg bleh sharing ngn aku je..okey..

Anyway..Nice to meet you all...




Janji aku...

Thursday, October 21, 2010

Andai suatu hari nanti aku pergi...

Inilah perkara yang paling aku takutkan...adakah ketika itu Pahala didalam diri aku dh cukup utk aku bawa kealam kematian...serta dialam akhirat...banyak tanggungan yg aku akan bawa selepas ini..adakah aku berjaya utk lakukannya...adakah aku akan berjaya utk mendidik seluruh keluarga aku sendiri yang akan aku bina suatu hari nanti...Subhanallah aku amat takut wahai tuhanku..

Namun aku cuba sebaik yang mungkin utk menjadi seorang anak, seorang ayah dan seorang ketua keluarga yg terbaik sepanjang hidup aku...cukup la sebelum aku pergi suatu hari nanti...aku sempat membekalkan ilmu agama kepada isteri dan anak2 aku insyallah...sekurang2nya suatu hari nanti apabila aku pergi isteri dan anak2 aku x pernah putus berdoa untuk aku...dan selalu membaca al-quran selepas solat...itu yg aku impikan sebuah keluarga yang cukup sempurna walaupun tanpa dihiasi dengan kemewahan atau harta benda tetapi cukup la sekadar sesempurna apa yang mampu...insyallah..

" Ya Allah yang maha besar segala puji bagimu...kau lindungi hamba mu ini dari segala keperitan hidup, kau mempermudahkan perjalanan hidupku...aku bermohon kepada mu...dengan namamu yang maha permurah dan maha pengasih...aku bermohon kau berkati dan restui hubungan aku dan bakal isteriku...kau berikan kami pertunjuk yg diredhai oleh mu...serta kau limpahkan rezeki kami sehingga ke akhir hayat kami dan bahagia didunia dan akhirat kelak" amin

Friday, October 15, 2010

" Friday Fever"


Mcm biasa la, setiap hari jumaat aku akan cuti dari memikirkan hal2 cinema dan masalah staff2 aku..tapi mcm ni la..dari dulu smpai skrg aku sentiasa keseorangan...dari xde gf, smpai ada gf hingga lah ada tunang..sentiasa alone... tapi nak watmcmne...ini lah nasib ku terpaksa hidup ditempat orang..

Apa-apa pun yang berlaku bukan la aku sengaja..tapi kalau lah x kerana kerja xde la aku smpai negeri bandaraya bersejarah ni...walaupun org berpusu-pusu nak dtg tempat ni..tapi aku rasa biasa jew...xde apa pun kat sni just nice la klu nk berjalan2 tempat bersejarah..Aku harap si die tu bleh faham kat aku...aku bukan la xnk pindah..tapi ni semua utk masa depan kami bersama...klu aku pindah company lain, confirm benefit xkn sama dgn apa yang aku dpt skrg...then xde la nak merasa hidup senang sikit...So aku harap die faham sgt dgn kerja aku...

Cuma aku minta die walaupun jauh x jumpa pun xpe aku harap die selalu rajin hubungi aku..dan ambil berat pasal aku...
aku ni senang je nak jaga...aku bukan macm lelaki lain..Control je aku ni..confirm aku bleh follow...sbb aku suka org ambil berat pasal aku, cemburu kat aku..sbb semua tu akan dilakukan apabila kite benar2 sayang akan seseorang tu..betul x?..so aku xkn sia-siaknya...percaya lah...

Apasal erk aku ni tiba2 emosi sgt ni...dah-dah relaks takumi....apa2 pun aku cuba lakukan terbaik..ni semua utk masa depan bersama...
"Bukan senang nak senang dan Bukan susah nak susah" so aku x nak hidup aku susah mcm dulu pergi kolej pun naik basikal, pergi praktikal kat hotel pun naik basikal....so dah smpai masanya aku nak rasa hidup selesa sikit berbanding dulu...

Anyway aku bersyukur dengan apa yang aku miliki....aku harap tuhan x amik nikmat yg diberikan pada aku selamani..dan aku harap rezeki dan perjalanan hidup aku di berkati oleh Allah S.W.T..insyallah....




Tuesday, October 12, 2010

Hari Pertunangan akU bersama die...


10 oktober 2010.....
Hari yang penuh bermakna buat sepanjang hidupku....jika die dulu hanyalah sebuah angan-anganku..kini ia menjadi kenyataan...dan sekarang die hampir menjadi milik aku..kini kami telah mempunyai satu ikatan rasmi dalam ikatan Pertalian Pertunangan... Dariduka..duka..dan duka kini aku semakin bahagia...

10.10.10 adalah idaman pada setiap pasangan utk dijadi tarikh yg terindah dalam kehidupan setiap pasangan...Aku juga tidak ketinggalan utk memilih tarikh yg paling cantik itu dijadikan tarikh yang amat bermakna dalam hidupku....Apatah lagi ia juga hari Ulangtahun perkenalan kami iaitu 10 Oktober 2007....

11 dulang berbalas 13 dulang....itu lah adat orang melayu..tidak juga ketinggalan dari adat MERISIK yang telah disempurnakan pada Hari Raya Ke3 bersamaan pada 12 September 2010...Disitu la permulaan bicara dari kedua belah pihak yang telah dipersetujui utk melangsungkan Majlis Pertunangan pada Hari Ahad,10 Oktober 2010....
Alhamdullilah tepat pada masanya serta semuanya berjalan seperti yang telah dirancang oleh kami....

kini die SITI xxxxxxBINTIxxxxx telah menjadi pilihan hati aku...dengan restu kedua belah kelurga kami telah didahulukan dengan ikatan Pertunangan sebagai lambang Kasih kami...sebentuk cincin telah disarungkan keatas jari manisnya sebagai tanda kasih ku terhadap die Siti Radiah....

terima kasih kepada keluarga tercinta Ayah.mak, Akak dan adik kembar ku....tanpa kamu semua abg xkn bahagia selalu...Tidak lupa gak kepada saudara mara yg dapt meluangkan masa utk menyertai rombongan sebagai wakil saya....yang terbaik kengkawan yang sporting Pami,Enol,Nokman,Fadhil Basiran, Faiz, Yaya Rosli, Fadil Yusof, Brader shah dan fird korg mmg terbaik..thanks byk2...aku happy korg dapt follow rombongan aku...doakan aku k utk step seterusnya..aku pun doakan utk ko gak k..terutama utk ENOL n Tunangnya serta PAMI & YAYA ROSLI bila turn korang plak..aku x sabar ni nak tunggu....heheh..

Apa harapan aku kali ini, tiada lagi gangguan didalam hubungan aku dan die...bagi la aku bahagia selagi aku masih mampu untuk bernafas...selagi tuhan memberi aku nyawa selagi tu la aku perlukan die lebih dari korang perlukan...
"Aku sentiasa berdoa agar hubungan kami sentiasa dilindungi ALLAH SWT...serta di berkati dunia dan akhirat..Amin..."