Terima kasih kerana korang sudi Singgah ke Blog ini...

Blog ini aku reka hanya semata-mata utk meluahkan segala apa yang aku rasa...agar kehidupan aku lebih sempurna untuk hari demi hari.... Tak kira perasan sedih ke, susah hati ke ataupun gembira..semuanya aku akan coret kat blog ni....So aku hanya mempersilakan pada org-org yg bleh sharing ngn aku je..okey..

Anyway..Nice to meet you all...




Janji aku...

Friday, March 4, 2011

Keizinan Tuhan Pernah Membawa Aku Bahagia

Setiap saat itu telah pun berlalu...penderitaan dikala aku besendirian meneroka liku-liku kehidupan dah pun semakin jauh..persoalan demi persoalan sering kali dikaitkan dengan pengalaman dan kisah nasib aku yang malang....Lambang kebencian terhadap aku menjadikan alasan setiap perbuatan aku perlu dibenci....Itu adalah pada zahirnya aku diperkatakan cuba utk megaibkan seseorang....tpi daripada sifat dan niat disebalik itu...itu bukan niat aku...sejak Blog ini dilahirkan tiada sape yang akan sudi membacanya dan mengambil tahu..disaat aku menderita hinggalah aku bahagia seketika cuma dan akhirnya aku berduka semula..tidak pernah sekalipun di ungkit atau diceritakan..tetapi sekarang setiap perihal dan kisah trilogi kisah aku dan dia sudah menjadi perbualan yang begitu hangat..sehingga aku dipaksa utk meninggalkan dan mengosongkan ruang-ruang ini demi kepentingan peribadinya sendiri...

Terus terang aku ingin perkatakan...sememangnya aku begitu kecewa...tapi aku tidak gila bayang..dan sememangnya aku patah hati..tetapi aku juga tidak membuat sesuatu diluar landasan agama dan syarak...Jika dulu apa yang die pernah lakukan demi kepentingan diri...tanpa memikirkan ikatan hingga sanggup mengabaikan soal perasaan hati aku..dan kenapa tidak sekarang aku turuti jejak langkahnya....

Tiada seorang pun dapat meyelinap dalam penderitaan aku sehingga kini...tiada seorang pun dapat memahami perasaan aku...aku terpaksa lakukannya demi utk merawat hati aku yg sedang meronta kekecewaan...aku pun ingin bahagia seperti kamu..aku juga mahukan cinta seperti kamu selepas aku tiada disisi kamu...aku juga perlukan kasih sayang dari seseorang seperti kamu miliki sekarang....aku juga mahu seperti kamu mudah untuk meyintai dan menerima seseorang...sekarang semua kamu miliki..tetapi aku...? Saya gagal awak..Saya Gagal...puas hati awak.... Kau tidak pernah tahu perasaaan aku..sebab itu kau tidak pernah mengambil peduli dan risau tentang aku...malah kengkawan kau yang tidak pernah kenal aku dan apa yang pernah aku lalui sepanjang aku megenali kau..menjadi marah sgt pada aku..hingga aku dapat ugutan bunuh..apa itu semuanya....cukup lah kau bunuh perasaan aku...cukup lah aku dipermainkan....Kalau itu sudah sememangnya ajal aku mati dibunuh..aku redha ditangan orang itu....Agar kau puas dengan apa yang berlaku...

Biarkanlah aku dengan cara aku..biar tuhan yang membuka hati aku utk hentikan semua ni...aku nak kau tahu tiada siapa pun yang boleh menghentikan semua ini..begitu juga cinta aku terhadap kau..hanya tuhan yang lebih mengetahui dan maha berkuasa...Tuhan tahu jodoh dan pertemuan aku hanya untuk siapa...walaupun aku sudah menemui kau terlebih dahulu..tetapi itu sudah sememangnya suratan takdir utk aku temui kau seketika..dan beginilah sifat aku dan perasaan aku yang terpaksa aku lalui sendirian...Jika ada setitik dosa yang terpalit dihati aku...sukar aku utk memaafkannya, biar masa dan keadaan yang akan memaafkannya....

Jauh sudah aku lalui utk menguji kecekalan hati aku...semuanya aku sendiri..jangan sesekali kau ungkit semuanya...pengorbanan kau tak sama dengan pengorbanan aku berikan...jauh beza dari sudut masa,tenaga, maruah dan wang ringgit yang kau korbankan pada aku....
Aku tidak meyesal dengan apa yang aku sudah hbiskan cuma aku sangat terkilan dengan apa yg sudah berlaku..aku tak sangka aku terpilih menjadi insan teristimewa disisi Allah untuk mengharungi segala penderitaan ini...Berjaya atau tidak biarlah aku teruskanya...

Jika aku pernah berjanji sebelum ini kepada keluarga kau..tetapi aku gagal utk menepatinya aku mohon maaf...jika kau berada ditempat aku...kau akan rasanya...pasti kau ada alasan tersendiri utk aku...aku tidak akan meyusahkan keluarga aku lagi..aku tidak mahu utk melukakan hati kluarga aku..cukup biar aku sendiri yang terluka..jangan sesekali kau sentuh atau mengungkit hal perihal keluarga aku...cukup pengorbanan keluarga aku sebelum ni utk aku dan kau...aku berterima kasih atas keluarga aku yang sentiasa meyokong aku....dan memberi semangat pada aku...

Kini aku berhabis-habisan utk melawan perasaan aku saat kau tiada..kau tidak pernah sedar aku terlalu meyayangi kau..sehingga kekadang aku hilang kawalan dan terpaksa utk melepaskan disuatu tempat iaitu Facebook...aku tahu kau tak pernh ikhlas mengasihku..dan aku tahu kau tidak pernah ikhlas cintakan aku...tpi semuanya atas faktor keluarga utk kau memilih aku....sekarang aku terpaksa menanggung kekesalan ini semuanya sendiri..purnah harapan aku...jika dulu aku tidak terlalu percayakan pada kau dan meyayangi kau..aku pasti tidak akan jadi begini....aku pasti kau akn pergi dengan mudah dlm hidup aku dan tanpa perasaan merana buat aku....

Sekarang aku harap kau tahu kenapa aku begini...kau selaklah segala perjalan hidup aku dan kau dan juga kite berdua..dimana kau letakkan aku ketika itu...dimana kau letakkan aku ketika kau dan aku dalam ikatan..dimana kau letakkan penghormatan kau terhadap aku...segala text dan janji kau ada tersemat dihati aku....Message Box dijadikan tempat aku jadikan rujukkan pada setiap kata2 kau..janji manis kau dulu....Tak semudah itu utk aku lupakn....Kau bagi aku Pelangi hanya utk sementara....yang hanya kelihatan ketika selepas hujan..apabila airnya berhenti menurungi rongga-rongga udara pada titisan terakhir..lalu ia pun lenyap dari pandangan iris mata aku.....

Aku percaya tuhan tu maha Esa, Maha berkuasa...aku serahkan segalanya kepadanya....
Aku insaf pada kecelakaan yang menimpa aku...Cukup pengorbanan aku hanya sampai disitu.... sekali pun aku tidak akan menoleh kebelakang lgi....

Kini aku lebih megerti apa itu semuanya...Disetiap kedukaan adalah Dugaan dari maha berkuasa...Hikmah disebalik apa yang sudah berlaku....Alhamdullilah sekelip mata rezeki aku semakin bertambah...Jawatan aku sudah pun dinaikkan...kepulangan aku disini sudah dikotakan spti mana yang telah dijanjikan....Semua itu kuasa dari tuhan...Thank u Allah...

Selagi aku bernyawa selagi aku hidup dibumi Allah ini...aku akan ingat setiap perbuatan mu hingga nafas terakhirku...Sebagai Hamba Allah yang lemah aku akan sentiasa tergelincir dari landasannya....namun aku tidak akan pernah lupa yang aku pernah memberi nyawa dan hati hanya untuk kau....kekesalan dan kekecewaan aku hanya utk kau...dan Cinta dan kasih sayang aku yang pernah aku bina adalah hanya utk kau...tiada insan lain yang pernah aku cintai selain kau...itu lah hakikatnya...dan aku percaya...kau tidak akan temui insan seperti aku lagi sepanjang hidup kau...

Biarlah orang kata aku gila..biarlah orang kata aku apa saje... yang penting aku tahu apa sebenarnya yang berlaku...Untuk mencintai kau dulu adalah satu kewajipan utk aku...Kerinduaan itu hanya utk mu...namun biar sekadar disitu..ku kunci segalanya utkmu....Demi Tuhan aku cukup menderita kerana kamu..sekarang gelak sakan lah untuk aku...bukan sekali pernah aku lalui..bukan dua kali aku hadapi dan bukan tiga kali aku tempuhi...cukup lah rakan2 dan keluarga amat mengetahuinya...

Segala yang aku lakukan hanya utk menahan dari perasaan dendam dan marah....Biarkan aku bergini..jangan sesekali kau tegur atau cuba untuk megotori segala laman hidup aku....itu hak aku...Dengan apa yang kau pernah tahu sifat aku...aku tidak akan mengganggu hidup kau...dan sebelum ia berlaku..aku tidak suka segala ex boyfriend atau boyfriend kau mengganggu hidup aku lagi....semuanya akan aku berikan dgn sempurna berutung sesiapa yg memiliki kau selepas aku..aku pohon sejuta pengharapan agar kekasih hati kau dapat menjaga baik utk kau...agar tidak terlepas utk meggangu hidup aku lagi....Semoga kau bahagia disisinya...Jadikanlah yang halal buatnya agar hubungan itu lebih diberkati...insyallah...

" ...Keizinan Tuhan itu pernah membuatkan aku bahagia bersamanya..sehingga aku tidak pernah terlupa untuk meyayangi...kini Takdir tuhan yang melunas segalanya..berakhir dari suka dan duka kembali keriangan dan berakhir dengan penuh penderitaan...."



4 comments:

  1. hujan di siang hari x bermaksud akan hujan selamanya..bersyukurlah pada Allah sbb kita diberi kesempatan untuk merasai kemanisan dan kebahagian sepanjang perkenalan itu walaupn hanya utk seketika..bersyukurlah juga kerana dberi peluang utk mengenali seseorang yg x pernah kita kenal sebelum ini..baik buruk yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..janji Allah itu sentiasa benar..kita hanya perlu meyakiniNya sahaja..^_^..

    ReplyDelete
  2. kalau lukisan itu cantik disebabkan warna yg tercalitnya,kehidupan itu cantik kerana kehadiran cintanya.Tuhan tahu ape yg di"kerja"kannya.jgn salahkan diri sendiri kerana suratan yg dibuat oleh Nya.Lahirkan hati dn jiwa yg baru utk kehidupan yg seterusnya.Selagi nyawa masih ada,buat la hidup menjadi lebih success...kemaafan adalah lebih berharga drpd nyawa kita sendiri..

    ReplyDelete
  3. emy... baru aku tau penderitaan & beban hidup yg ko tanggung.... paperhal aku doakn agar ko tabah dalam mengharungi segala rintangan yg ader.... ingat.... kiterorg kt MELAKA sentiasa support ko dr belakang.... sbb ko adalah adik bongsu kami....

    ReplyDelete

Nak komen..komen lahh