Terima kasih kerana korang sudi Singgah ke Blog ini...

Blog ini aku reka hanya semata-mata utk meluahkan segala apa yang aku rasa...agar kehidupan aku lebih sempurna untuk hari demi hari.... Tak kira perasan sedih ke, susah hati ke ataupun gembira..semuanya aku akan coret kat blog ni....So aku hanya mempersilakan pada org-org yg bleh sharing ngn aku je..okey..

Anyway..Nice to meet you all...




Janji aku...

Sunday, May 22, 2011

Janji Aku Sudah Dtunaikan..

Bila aku dapat tahu aku akan berpindah semula ke Johor Bahru seolah-olah kegembiraan aku tidak dpt bygkan...Rezeki dari Allah, aku telah di tawarkan jawatan Senior Assistant Cinema Manager dn merangkap Cinema Manager yang telah dipertanggungjawab utk menjaga dan menguruskan sebuah panggung..

Tapi perasaan itu harus dirasai sebelum hati aku dihancurkan....dan perlu dikongsikan kegembiraan itu dgn seorang insan yang aku sayangi yg digelar Tunangku, mati dan hidup aku hnya utknya...apa sahaja aku akan lakukan hanya utknya...namun itu semuanya dah berlalu...Ini lah "Janji Aku yang sudah aku tunaikan..." bahawa aku sudah pun pulang ke Johor Bahru dan bertugas disini...itu yang aku janjikan pada die....kerana die tidak mahu aku berjauhan dgnnya sebelum kami diijab kabulkan...itulah alasannya pada setiap kali aku berbicara tentang kahwin...

Kenapa kau begitu penting buat aku..sebab kau la cinta yang abadi buat aku...tiada sesiapa yang boleh menghalang cinta aku melainkan diri aku dan diri kau yg akan me-reka alasan utk perpisahan....tetapi aku tidak tergamak akan menzalami hati aku sendiri utk memfitnah cinta dan mengusir diri kau kluar dari laman pintu hati aku...tapi apakan daya tuhan itu lebih mengetahui cinta dan harapan aku hanya sia-sia...

Kini aku hanya mampu menghintung hari demi hari utk aku meninggal Johor Bahru....aku dah buat keputusan utk meletakkan jawatan aku disini...demi maruah dan ingin menjaga perasaan aku...aku harus tinggalkn Johor Bahru secepat mungkin....aku hanya mampu utk bertahan selama kurang dari 4 bulan disini....terlalu byk dugaan yang aku harus tempuhi seorang diri...selagi aku disini aku terlalu sukar utk membina kehidupan yang baru....aku harus melangkah pergi jauh dari Bau cinta aku terhadapnya yang masih melekat pada setiap tempat disini...terlalu dalam kesudiaan aku mencintaimu..walaupun kau selalu meyakitkan hati aku...Aku perlu sedar...aku seorang lelaki yang kuat..yang berani...serta gagah menghadapi ujian-ujian dari Maha Berkuasa....Seorang Lelaki yang boleh sentiasa mengcurangi pasanganya..dan selalu dipersalahkan....tapi itu semuanya hipokrit..kerana kesetiaan cinta aku hanya utk seorang sahaja...

Kini pintu hati aku sudah tertutup..kunci serapat2nya utk insan yang bergelar gadis dan Hawa...biar tuhan sahaja yg menetapkan penghujung Gerhana Cinta Luka aku....dan aku hanya sekadar mampu utk berdoa agar aku dapat meneruskan perjalanan yg penuh kesunyiaan tanpa die disisi aku......Selagi jasad aku dikandung badan...dan sebelum mulut tidak mampu berbicara...aku hanya tuntut satu perkara kepadanya... " Dimanakah Janji kau dulu dan bila kau akan kotakan.." aku akan tuntut itu di akhirat nanti...walaupun Neraka itu sudah tentu utk aku tapi tidak mustahil Syurga itu menunggu ku.....

Selamat Tinggal....aku tidak akan membenarkan kelibat aku menghampiri diri kau....Biarlah aku simpan dan meninggalkan sebuah kenangan indah antara kau dan aku...biar aku abadikan dalam jiwaku...walaupun ketika ini kau sedang berbahagia disamping insan lain....

Nurkilan Jiwa Dariku: Ruzaimi


No comments:

Post a Comment

Nak komen..komen lahh