Terima kasih kerana korang sudi Singgah ke Blog ini...

Blog ini aku reka hanya semata-mata utk meluahkan segala apa yang aku rasa...agar kehidupan aku lebih sempurna untuk hari demi hari.... Tak kira perasan sedih ke, susah hati ke ataupun gembira..semuanya aku akan coret kat blog ni....So aku hanya mempersilakan pada org-org yg bleh sharing ngn aku je..okey..

Anyway..Nice to meet you all...




Janji aku...

Monday, April 4, 2011

Berakhir Kisah Kami

Tersentuh bila ayah aku menceritakan kedua belah keluarga sudah bertemu..Terduduk aku seketika dihadapan beranda ruang rumah aku apabila mendengar dri mulut ayah ku...maka berakhir la secara rasmi hubungan aku dan dia...Selama 175 hari aku menghintung hari demi hari tentang nasib aku...Sekarang terlerai la sudah ikatan ni...Sungguh aku tak percaya ia sudah menjadi pengalaman aku yang sangat pahit...Tuhan telah memilih aku utk menghadapi dugaan yang penuh tragis sepanjang hidup aku......walaupun perpisahan ini yang aku mahukan tetapi ia sungguh berat utk aku akuinya...demi maruah dan perasaan yang sgt kecewa aku terpaksa menerima ketentuan illahi...

Sehingga kini aku sangat meyesal dengan keputusan yang aku pernah lakukan dulu..andai aku tahu ia akan berulang lagi tidak sekali aku akan lafazkan cinta kepada dia...tidak pernah sekali aku menoleh kebalakang utk melihatnya merayu dan sujud kepada aku....aku tidak sedar cinta aku hanya membutakan mata hati aku...Insaf untuk aku mengenalinya lagi..Semuanya musnah angkara aku terlalu percayakannya dan terlalu memikirkan tentang dirinya...

Hari bahagia itu telah pun menjadi sejarah , hanya tinggal kenangan 10.10.10 dlm hidup aku...aku seolah-olah dah semakin putus asa utk mengenali siapa itu wanita..Aku takkan pernah lupa apa yang dia dah lakukan terhadap aku...

Cukuplah sekadar disitu aku korban utk dia...aku akan pastikan dia takkan kembali dlm hidup aku...sebesar ruang kuman pun aku takkan berikan kepadanya lagi..Aku genggam penderitaan ini hingga jasad aku dimamah bumi...Tidak akan terlupa mulut aku meyebut kau lah perempuan yang pernah hancur dan musnahkan perasaan dn hidup aku...

Terima Kasih aku ingin ucapkan kerna pernah hadir utk bunuh hati aku..jika ada umur yang pnjang datang la bawa racun yang lebih keras dan bagi aku minum supaya hati kau puas melihat aku terkapai2 menderita dan menahan kesakitan dan akhirnya mati dihadapan kau...aku lebih rela meronta-meronta kesakitan dari aku menahan perasaan aku yang luka tapi tidak berbekas dari perbuatan kau yang tidak perikemanusiaan..

"..Ya Allah, kau berikan kekuatan utk aku teruskan kehidupan aku seperti sedia kala..kau lindungilah aku dari mala petaka dan hasat dengkit dari hambamu yang zalim keatas hambamu yang lemah. kau berikanlah kebahagiaan aku didunia dan akhirat dan kau berikan semangat aku yang baru utk aku teruskan hidup seperti hamba mu yang ingin mengecapi syurgamu.. amin Ya Allah.."

Hikayat kami: (2006)-10 Oktober 2007 - 10 Oktober 2010-3 April 2011: Berakhir kisah kami...



Friday, March 4, 2011

Keizinan Tuhan Pernah Membawa Aku Bahagia

Setiap saat itu telah pun berlalu...penderitaan dikala aku besendirian meneroka liku-liku kehidupan dah pun semakin jauh..persoalan demi persoalan sering kali dikaitkan dengan pengalaman dan kisah nasib aku yang malang....Lambang kebencian terhadap aku menjadikan alasan setiap perbuatan aku perlu dibenci....Itu adalah pada zahirnya aku diperkatakan cuba utk megaibkan seseorang....tpi daripada sifat dan niat disebalik itu...itu bukan niat aku...sejak Blog ini dilahirkan tiada sape yang akan sudi membacanya dan mengambil tahu..disaat aku menderita hinggalah aku bahagia seketika cuma dan akhirnya aku berduka semula..tidak pernah sekalipun di ungkit atau diceritakan..tetapi sekarang setiap perihal dan kisah trilogi kisah aku dan dia sudah menjadi perbualan yang begitu hangat..sehingga aku dipaksa utk meninggalkan dan mengosongkan ruang-ruang ini demi kepentingan peribadinya sendiri...

Terus terang aku ingin perkatakan...sememangnya aku begitu kecewa...tapi aku tidak gila bayang..dan sememangnya aku patah hati..tetapi aku juga tidak membuat sesuatu diluar landasan agama dan syarak...Jika dulu apa yang die pernah lakukan demi kepentingan diri...tanpa memikirkan ikatan hingga sanggup mengabaikan soal perasaan hati aku..dan kenapa tidak sekarang aku turuti jejak langkahnya....

Tiada seorang pun dapat meyelinap dalam penderitaan aku sehingga kini...tiada seorang pun dapat memahami perasaan aku...aku terpaksa lakukannya demi utk merawat hati aku yg sedang meronta kekecewaan...aku pun ingin bahagia seperti kamu..aku juga mahukan cinta seperti kamu selepas aku tiada disisi kamu...aku juga perlukan kasih sayang dari seseorang seperti kamu miliki sekarang....aku juga mahu seperti kamu mudah untuk meyintai dan menerima seseorang...sekarang semua kamu miliki..tetapi aku...? Saya gagal awak..Saya Gagal...puas hati awak.... Kau tidak pernah tahu perasaaan aku..sebab itu kau tidak pernah mengambil peduli dan risau tentang aku...malah kengkawan kau yang tidak pernah kenal aku dan apa yang pernah aku lalui sepanjang aku megenali kau..menjadi marah sgt pada aku..hingga aku dapat ugutan bunuh..apa itu semuanya....cukup lah kau bunuh perasaan aku...cukup lah aku dipermainkan....Kalau itu sudah sememangnya ajal aku mati dibunuh..aku redha ditangan orang itu....Agar kau puas dengan apa yang berlaku...

Biarkanlah aku dengan cara aku..biar tuhan yang membuka hati aku utk hentikan semua ni...aku nak kau tahu tiada siapa pun yang boleh menghentikan semua ini..begitu juga cinta aku terhadap kau..hanya tuhan yang lebih mengetahui dan maha berkuasa...Tuhan tahu jodoh dan pertemuan aku hanya untuk siapa...walaupun aku sudah menemui kau terlebih dahulu..tetapi itu sudah sememangnya suratan takdir utk aku temui kau seketika..dan beginilah sifat aku dan perasaan aku yang terpaksa aku lalui sendirian...Jika ada setitik dosa yang terpalit dihati aku...sukar aku utk memaafkannya, biar masa dan keadaan yang akan memaafkannya....

Jauh sudah aku lalui utk menguji kecekalan hati aku...semuanya aku sendiri..jangan sesekali kau ungkit semuanya...pengorbanan kau tak sama dengan pengorbanan aku berikan...jauh beza dari sudut masa,tenaga, maruah dan wang ringgit yang kau korbankan pada aku....
Aku tidak meyesal dengan apa yang aku sudah hbiskan cuma aku sangat terkilan dengan apa yg sudah berlaku..aku tak sangka aku terpilih menjadi insan teristimewa disisi Allah untuk mengharungi segala penderitaan ini...Berjaya atau tidak biarlah aku teruskanya...

Jika aku pernah berjanji sebelum ini kepada keluarga kau..tetapi aku gagal utk menepatinya aku mohon maaf...jika kau berada ditempat aku...kau akan rasanya...pasti kau ada alasan tersendiri utk aku...aku tidak akan meyusahkan keluarga aku lagi..aku tidak mahu utk melukakan hati kluarga aku..cukup biar aku sendiri yang terluka..jangan sesekali kau sentuh atau mengungkit hal perihal keluarga aku...cukup pengorbanan keluarga aku sebelum ni utk aku dan kau...aku berterima kasih atas keluarga aku yang sentiasa meyokong aku....dan memberi semangat pada aku...

Kini aku berhabis-habisan utk melawan perasaan aku saat kau tiada..kau tidak pernah sedar aku terlalu meyayangi kau..sehingga kekadang aku hilang kawalan dan terpaksa utk melepaskan disuatu tempat iaitu Facebook...aku tahu kau tak pernh ikhlas mengasihku..dan aku tahu kau tidak pernah ikhlas cintakan aku...tpi semuanya atas faktor keluarga utk kau memilih aku....sekarang aku terpaksa menanggung kekesalan ini semuanya sendiri..purnah harapan aku...jika dulu aku tidak terlalu percayakan pada kau dan meyayangi kau..aku pasti tidak akan jadi begini....aku pasti kau akn pergi dengan mudah dlm hidup aku dan tanpa perasaan merana buat aku....

Sekarang aku harap kau tahu kenapa aku begini...kau selaklah segala perjalan hidup aku dan kau dan juga kite berdua..dimana kau letakkan aku ketika itu...dimana kau letakkan aku ketika kau dan aku dalam ikatan..dimana kau letakkan penghormatan kau terhadap aku...segala text dan janji kau ada tersemat dihati aku....Message Box dijadikan tempat aku jadikan rujukkan pada setiap kata2 kau..janji manis kau dulu....Tak semudah itu utk aku lupakn....Kau bagi aku Pelangi hanya utk sementara....yang hanya kelihatan ketika selepas hujan..apabila airnya berhenti menurungi rongga-rongga udara pada titisan terakhir..lalu ia pun lenyap dari pandangan iris mata aku.....

Aku percaya tuhan tu maha Esa, Maha berkuasa...aku serahkan segalanya kepadanya....
Aku insaf pada kecelakaan yang menimpa aku...Cukup pengorbanan aku hanya sampai disitu.... sekali pun aku tidak akan menoleh kebelakang lgi....

Kini aku lebih megerti apa itu semuanya...Disetiap kedukaan adalah Dugaan dari maha berkuasa...Hikmah disebalik apa yang sudah berlaku....Alhamdullilah sekelip mata rezeki aku semakin bertambah...Jawatan aku sudah pun dinaikkan...kepulangan aku disini sudah dikotakan spti mana yang telah dijanjikan....Semua itu kuasa dari tuhan...Thank u Allah...

Selagi aku bernyawa selagi aku hidup dibumi Allah ini...aku akan ingat setiap perbuatan mu hingga nafas terakhirku...Sebagai Hamba Allah yang lemah aku akan sentiasa tergelincir dari landasannya....namun aku tidak akan pernah lupa yang aku pernah memberi nyawa dan hati hanya untuk kau....kekesalan dan kekecewaan aku hanya utk kau...dan Cinta dan kasih sayang aku yang pernah aku bina adalah hanya utk kau...tiada insan lain yang pernah aku cintai selain kau...itu lah hakikatnya...dan aku percaya...kau tidak akan temui insan seperti aku lagi sepanjang hidup kau...

Biarlah orang kata aku gila..biarlah orang kata aku apa saje... yang penting aku tahu apa sebenarnya yang berlaku...Untuk mencintai kau dulu adalah satu kewajipan utk aku...Kerinduaan itu hanya utk mu...namun biar sekadar disitu..ku kunci segalanya utkmu....Demi Tuhan aku cukup menderita kerana kamu..sekarang gelak sakan lah untuk aku...bukan sekali pernah aku lalui..bukan dua kali aku hadapi dan bukan tiga kali aku tempuhi...cukup lah rakan2 dan keluarga amat mengetahuinya...

Segala yang aku lakukan hanya utk menahan dari perasaan dendam dan marah....Biarkan aku bergini..jangan sesekali kau tegur atau cuba untuk megotori segala laman hidup aku....itu hak aku...Dengan apa yang kau pernah tahu sifat aku...aku tidak akan mengganggu hidup kau...dan sebelum ia berlaku..aku tidak suka segala ex boyfriend atau boyfriend kau mengganggu hidup aku lagi....semuanya akan aku berikan dgn sempurna berutung sesiapa yg memiliki kau selepas aku..aku pohon sejuta pengharapan agar kekasih hati kau dapat menjaga baik utk kau...agar tidak terlepas utk meggangu hidup aku lagi....Semoga kau bahagia disisinya...Jadikanlah yang halal buatnya agar hubungan itu lebih diberkati...insyallah...

" ...Keizinan Tuhan itu pernah membuatkan aku bahagia bersamanya..sehingga aku tidak pernah terlupa untuk meyayangi...kini Takdir tuhan yang melunas segalanya..berakhir dari suka dan duka kembali keriangan dan berakhir dengan penuh penderitaan...."



Sunday, December 26, 2010

Kau akan kehilangan aku..tapi cintaku tetap milik kau selamanya..

Cinta ku terhadap kau sejujurnya tidak pernah berubah atau pudar...percaya atau tidak hanya tuhan saje yang akn mampu mengubahnya utk ku.... Demi Allah sungguh berat utk aku melepaskan kau utk org lain, sekian lama aku menanti kau dn ku tunggu saat bahagia bersama kau..tpi tuhan itu lebih maha mengetahui...kite hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan sgalanya perjalanan perhubungan kite...

Bagi ku kau cukup indah dan kau terlalu cantik utk ku, shingga aku takut akan kehilangan kau saat aku betul2 memerlukan kau...aku x berdaya jika aku khilangan kau pada satu hari nanti sehingga aku terpaksa melepaskan kau walaupun tanpa kerelaan hati aku yang tulus....Sudah lama aku mencuba utk melupakan kau, tapi aku x berdaya kerana kau cinta terakhir aku tiada insan lain yg dpt ku cintai selain kau..

Aku pun dah buat kputusan utk pergi dri hidup kau..kerna mungkin ada insan lain yg lebih layak dan sesuai utk kau...
Atas alasan tiada keserasian kite membuat keputusan utk berpisah dan mengharungi laluan masing-masing..mungkin itu yang terbaik dari kite teruskan jika kite tiada lagi persafahaman..
dan sering bertengkar dan ikut kata hati masing-masing tanpa memikirkan perasaan kite sendiri..

Aku doakan kau agar dapat kebahagiaan yang kekal selepas ini...tanpa lagi aku disisimu...
Jika takdir kau bersama insan lain, aku x sanggup melihat kau bersanding di hari perkahwinan kau nanti, kerana di hari persandingan kau saat itu cinta aku terhadap kau masih kuat dan amat dalam...namun aku takkan mampu utk mghalangnya kerna itu yg tuhan mahukan utk hambanya...jika itu yang terbaik utk kite...aku tutup hati aku utk insan lain..kerna cinta dan kasih ku hanya ikhlas utk kau....kau akan kehilangan aku , tapi kau takkan kehilangan cinta ku....

Maafkan aku kerna membuat kputusan sebegini...aku nak kau tahu aku terlalu cintakan kau dan x sanggup akan kehilangan kau lagi...dan dirampas oleh insan lain saat kau digenggamanku...dgn cara ni sekurng2nya dapat meringankan penderitaan ku walaupun ku mula sedar kau bahagia tnpa ku disisi....

Ruzaimi& Radiah
10.10.10 sweet memories along my life..
My Heart,My love, My Soul, My Life only for you..

Tuesday, November 23, 2010

Cinta Terakhirku...


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya segalanya

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Segalanya ketentuan Tuhan

Thursday, November 18, 2010

Luahan Hati dan Memang Khilafku...


Pertama kali ku bertemu dengan mu...
Sayunya hatiku merindui dirimu...
Walaupun baru kite bersua moga namun aku telah jatuh cinta..

Pertama kali ku bertemu dengan mu..
Hatiku terpaut melihat senyumanmu..
Aku mengharap engkau menerimaku..
Kerana aku pun sedang menyintaimu...

Akan aku renang lautan yang berapi..
Membuktikan kehebatanya cinta ini..
Tetapi jika kau meninggalkan aku..
Terhiris hati ini, terguris jiwa ini menangis tak berlagu..

Biar pun ombak yang merubah pantai..
Kasih ku takkan hancur berderai..
Biar pun hari berganti hari..
Dirimu tetap ku nanti..

Sayangku pimpinkan tanganmu..
Menuju mahligai bahagia..
kite bersama nikmati kisah cinta..
Hidup bagaikan di syurga..
oh kasih..

Memang khilafku menyayangimu..
Memang khilafku mencintaimu..
Tapi ku tahu semua itu..
Tak akan kembali lagi..

Bukan ku pinta segunung janji..
Tidak ku harap sinaran ini..
Cuma Ku ingin setulus kasih..
Kasih yang kekal selamanya...

_ _ _ _ _ _
Senyummu enggan pergi..
Tawamu mengiringi wajahmu ku terbayang..
Hadirmu bagai mimpi..
Seumpama bidadari..
Potret mu ku tatapi..
Mengharap engkau kembali..

Bukan ku rindu saat bersamamu..
Tidak kah mampu melupakanmu..
cuma ku tahu semua itu tak akan kembali lagi..

Sunday, November 7, 2010

Bagilah aku peluang untuk bahagia....

Inilah yang terjadi akibat selalu berjauhan..pelbagai rintagan aku terpaksa hadapi...bukan la aku minta semua ini, tetapi sudah ketentuaan illahi aku terpaksa berjauhan pada org yang aku sayang...Namun kami dah setuju dan kami rela berkorban demi masa depan kami..itu la yg pernah dibincangkan antara aku dan die...sekarang jarak aku dan die melebihi 250km....segala2nya aku xdpt berkongsi dgnnya melainkan dgn menerusi telefon, sms, yahoo messenger dan Facebook...

Jikalau x kerana Ombak takkan pantai berubah, itu la yang bleh aku samakan dgn keadaan di sekeliling ku...Bagilah aku peluang untuk bahagia bersama die...hormati la aku ni miliknya dan die miliku...cukup la penderitaan aku selama ini....sering diganggu dgn pendatang2 baru dlm kehidupannya...selagi die masih milikku aku akn cuba pertahankan maruahnya sebagai miliku...Hentikan la perbuatan ko yang ingin cuba mengambil kesempatan utk milikinya dan mencuri hatinya darpada aku...Wahai lelaki, aku cukup hormati kau sebagai manusia biasa, aku hormati ko sebagai rakannya....dan hormati la die juga sebagai hak milik ku...

Sahabat, Kalau jodohnya mmg tertulis utk bersama kamu dan takdir dari tuhan ia bukan milik aku..aku bleh terima dgn hati yang terbuka....tetapi selagi die masih milik aku dan aku masih bernyawa...bagilah peluang kepada kami menikmati kebahagiaan dalam perhubungan kami...3 tahun kami cuba membina mahligai...sudah pelbagai rintagan kami hadapi sehingga gagal pun sudah..tapi kini kami cuba membinanya semula...utk langkah seterusnya...

Aku yakin kau bleh dpt yg lebih baik dri apa yang aku miliki...krna mungkin apa yang aku miliki skrg adalah terbaik buat aku...doakan kami hingga kejinjang pelamin dan bahagia keakhir hayat kami..bukan menghancurkan hubungan kami....


Thursday, October 21, 2010

Andai suatu hari nanti aku pergi...

Inilah perkara yang paling aku takutkan...adakah ketika itu Pahala didalam diri aku dh cukup utk aku bawa kealam kematian...serta dialam akhirat...banyak tanggungan yg aku akan bawa selepas ini..adakah aku berjaya utk lakukannya...adakah aku akan berjaya utk mendidik seluruh keluarga aku sendiri yang akan aku bina suatu hari nanti...Subhanallah aku amat takut wahai tuhanku..

Namun aku cuba sebaik yang mungkin utk menjadi seorang anak, seorang ayah dan seorang ketua keluarga yg terbaik sepanjang hidup aku...cukup la sebelum aku pergi suatu hari nanti...aku sempat membekalkan ilmu agama kepada isteri dan anak2 aku insyallah...sekurang2nya suatu hari nanti apabila aku pergi isteri dan anak2 aku x pernah putus berdoa untuk aku...dan selalu membaca al-quran selepas solat...itu yg aku impikan sebuah keluarga yang cukup sempurna walaupun tanpa dihiasi dengan kemewahan atau harta benda tetapi cukup la sekadar sesempurna apa yang mampu...insyallah..

" Ya Allah yang maha besar segala puji bagimu...kau lindungi hamba mu ini dari segala keperitan hidup, kau mempermudahkan perjalanan hidupku...aku bermohon kepada mu...dengan namamu yang maha permurah dan maha pengasih...aku bermohon kau berkati dan restui hubungan aku dan bakal isteriku...kau berikan kami pertunjuk yg diredhai oleh mu...serta kau limpahkan rezeki kami sehingga ke akhir hayat kami dan bahagia didunia dan akhirat kelak" amin