Terima kasih kerana korang sudi Singgah ke Blog ini...

Blog ini aku reka hanya semata-mata utk meluahkan segala apa yang aku rasa...agar kehidupan aku lebih sempurna untuk hari demi hari.... Tak kira perasan sedih ke, susah hati ke ataupun gembira..semuanya aku akan coret kat blog ni....So aku hanya mempersilakan pada org-org yg bleh sharing ngn aku je..okey..

Anyway..Nice to meet you all...




Janji aku...

Friday, March 2, 2012

Aku Bermohon kepadamu Ya Allah...

Semakin waktunya menghampiri aku..semakin itu aku tidak tenteram...hari demi hari aku cuba utk membawa diri aku sndiri utk pergi jauh dari perasaaan kesakitan dan penderitaan...kini kian setahun telah berlalu tiada siapa pun aku izinkan untuk memiliki hati dan jiwaku...

Kini aku jatuh dan terseksa selepas apa yang berlaku..semakin jauh aku melihat jodohku..dan semakin rapat pintu hati aku tertutup...

" Ya Allah ya tuhan ku yang maha pengkasih dan maha penyayang...aku menadah tangan memohon kepadamu...kau berikan aku kekuatan untuk meneruskan mengharungi dugaan ini Ya Allah...aku memohon kepada mu Ya Allah limpahan rezeki dan keredhaan mu serta memperluaskan pintu rezekiku...agar aku dapat meneruskan kehidupan aku dan saki baki kebahagiaan ini...kau bukakanlah pintu hati aku kepada insan yang benar meyayangi aku dan yang telah ditakdirkan olehmu..Amin Ya Allah.."

Tuesday, January 31, 2012

Jika tuhan takdirkan utk aku bertemu dgn dia buat kali terakhir..

Sesungguhnya aku sudah menerima perkhabaran bahawa die akan bernikah tidak lama lagi..namun aku perlu terima dgn redha...dan aku berharap dgn kuasa tuhan aku ditakdirkan utk bertemu dgnnya buat kali terakhir..agar aku dapat hilang rasa rindu yg sekian lama terpendam..walaupun aku tahu die pernah meyakitkan aku....dan aku berharap aku dapat melihat wajahnya sebelum die menjadi isteri yg sah kepada org lain...kenapa tidak kali ni aku bermohon dgn keizinan dari Allah swt utk menunaikan hajat ini....kerana disaat die bersamaku..knpa dugaan dri lelaki lain yg mengganggu hubungan aku datang sedangkan aku tidak pernah lakukn sblum ini walaupun die pernh jadi milik orang lain...Inilah permintaan terakhir dari ku sblum die di ijab kabulkan...agar sesuatu suratan bakal terjadi dan alasan yg bakal Allah Swt aturkan terjadi dalam satu pertemuan aku dan dia..Amin Ya Allah..

Thursday, December 22, 2011

Tahniah Sayangku..

Ucapan tahniah yang hanya aku dapat ungkapan kepada sidia...setelah aku dapat tahu die sudah bertunang dengan insan yang pernah memujanya sewaktu dulu...akhirnya lelaki tu dapat juga memilikinya setelah aku memutuskan ikatan pertunangan antara aku dan dia...mungkin itu yang die tunggu...

Aku meyedari semuanya umpama satu kesilapan yang amat besar dalam hidupku...namun aku perlu akur jika itu ketentuan illahi...andai perpisahan ini adalah satu perancangan dari Allah SWT....Jika ruginya bagi aku meneruskan perhubungan ini namun setiap apa yang berlaku pasti Allah SWT menjanjikan kebaikan dan rahmat pada kita..Jika apa yang aku hadapi sekarang adalah kesukaran dalam hidup dan penderitaan hati dan perasaan kerana itu yg pernah aku pohon kepadanya ketika aku hilang semangat dari terus memikirkan tentang perhubungan yang pernah aku rancangkan dalam kehidupan aku yang terakhir ini..

Lelaki itu sangat beruntung kerana aku lebih mengenali dirinya saat die tidak pernah kenal erti dunia & kejujuran, tidak pernah kenal keinsafahan dan tauladan....akulah satu-satunya lelaki yang pernah kenal die saat di IPT lagi...dan aku pernah menjadi senior dalam pengajiannya, rakannya, dan pernah juga menjadi seorang abg kepada sorang adik perempuan sehingga kami jatuh cinta lalu menjalinkan hubungan yang istimewa..dan bukan setakat itu sahaja...aku pernah menjadi bekas kekasihnya saat hubungan kami gugur dipertengahan dan kerana takdir juga kami telah dipertemukan berulangkali hingga aku menjadi Tunangnya,,,dan kini aku telah menjadi bekas tunangnya...

Semua kepahitan itu aku telan seorang diri, itulah satu tempoh yang perit utk mendewasakannya...disaat dia sendiri tidak pernah kenal pada diri sndiri dan apa yang dia inginkan dalam hidup...Setelah apa yang berlaku die telah menjadi lebih dewasa utk mengenali erti kejujuran dan kehidupan..Kini aku meyedari dia bahagia bersama tunangnya..apa yang aku mampu adalah meneruskan perjalananku seperti sediakala...Cinta dan pertemuan itu aku berserah pada takdir...

Aku tidak mampu lagi utk memikirkanya..kini aku suffer demi tidak mahu memikirkan hal-hal perasaan..tuhan telah memakbulkan doaku..inilah yang aku dapat..kesukaran utk menghadapi kehidupanku sendiri...kerana perkahwinan yang aku rancang tidak kesampaian...aku telah memilih jalan daif utk aku lupakan hal perkahwinan dan masa depanku....

Terima kasih untuk semua ini...kehidupan aku gagal kerana cinta....Tahniah sayangku...

Monday, October 31, 2011

Aku nak kau tahu..

" Aku hanya ada gambar kenangan kita je...hanya dgr gambar yg bleh membuatkn aku hilangkan rindu dengan kenangan kita...dan apabila aku melihat semua gambar ini..aku terasa aku aku seolah2 masih wujud lagi didalam dunia kita...dan apabila aku meyimpannya semula..aku terasa aku x perlu wujud lagi disini...aku semakin tidak kuat...aku semakin lemah...aku semakin sakit...semuanya ankara sifat kau mementingkan diri sendiri..."

Friday, June 24, 2011

Episod Terakhir: Kisah Aku & Dia

Jutaan terima kasih kepada rakan2 yang selalu support blog aku ni...apa yang ada disini hanyalah tercoret disini...ia tidak akan sekali dibawa keluar utk dijadikan cerita atau fitnah kepada individu yg terlibat....Segala yang telah aku coretkn adalah utk dijadikan tatapan aku utk masa akan dtg..segala memori indah,perit, pahit & manis telah pun aku catatkan sebagai diari aku... Segalanya apa yg berlaku aku telah jadikan tauladan seumur hidup aku....

Sesiapa yang pernah mengikuti cerita dan kisah hidup aku sebelum ni aku amat hargainya...semuanya telah aku kongsikan bersama...andai ada yang terasa hati aku memohon maaf...sesiapa yang pernah terlibat dlm kisah aku itulah hakikat yg sebenar...andai ia meyakitkan hati sendiri....namun ia tak la sederita yang aku lalui bersendirian....sekarang aku harus tamatkn segalanya..kerana ada org yg lebih memerlukan perihatian aku...
Terima kasih segalanya...jika tiada angin tidak akan pokok bergoyang....aku harap Blog: Kisah Aku & Dia ini tidak akan ada peyambungnya...aku sendiri yang akan tamatkan segala2nya...
Semoga apa yang berlaku menjadikan aku manusia yang lebih matang,berpegalaman dan mempunyai hikmah disebaliknya...

Yang Indah itu tetap Indah..Yang Luka itu Tetap Luka...Yang Derita itu telah pun Derita...Aku harap satu hari nanti die akan sedar...apa yang telah die lakukan sehingga segalanya yg die bina hancur kerna dirinya juga...

Nurkilan Terakhir utk dirinya......
Ikhlas Dari TakumiOnizuka....
See U in Takumi in New life..

Sunday, May 22, 2011

Janji Aku Sudah Dtunaikan..

Bila aku dapat tahu aku akan berpindah semula ke Johor Bahru seolah-olah kegembiraan aku tidak dpt bygkan...Rezeki dari Allah, aku telah di tawarkan jawatan Senior Assistant Cinema Manager dn merangkap Cinema Manager yang telah dipertanggungjawab utk menjaga dan menguruskan sebuah panggung..

Tapi perasaan itu harus dirasai sebelum hati aku dihancurkan....dan perlu dikongsikan kegembiraan itu dgn seorang insan yang aku sayangi yg digelar Tunangku, mati dan hidup aku hnya utknya...apa sahaja aku akan lakukan hanya utknya...namun itu semuanya dah berlalu...Ini lah "Janji Aku yang sudah aku tunaikan..." bahawa aku sudah pun pulang ke Johor Bahru dan bertugas disini...itu yang aku janjikan pada die....kerana die tidak mahu aku berjauhan dgnnya sebelum kami diijab kabulkan...itulah alasannya pada setiap kali aku berbicara tentang kahwin...

Kenapa kau begitu penting buat aku..sebab kau la cinta yang abadi buat aku...tiada sesiapa yang boleh menghalang cinta aku melainkan diri aku dan diri kau yg akan me-reka alasan utk perpisahan....tetapi aku tidak tergamak akan menzalami hati aku sendiri utk memfitnah cinta dan mengusir diri kau kluar dari laman pintu hati aku...tapi apakan daya tuhan itu lebih mengetahui cinta dan harapan aku hanya sia-sia...

Kini aku hanya mampu menghintung hari demi hari utk aku meninggal Johor Bahru....aku dah buat keputusan utk meletakkan jawatan aku disini...demi maruah dan ingin menjaga perasaan aku...aku harus tinggalkn Johor Bahru secepat mungkin....aku hanya mampu utk bertahan selama kurang dari 4 bulan disini....terlalu byk dugaan yang aku harus tempuhi seorang diri...selagi aku disini aku terlalu sukar utk membina kehidupan yang baru....aku harus melangkah pergi jauh dari Bau cinta aku terhadapnya yang masih melekat pada setiap tempat disini...terlalu dalam kesudiaan aku mencintaimu..walaupun kau selalu meyakitkan hati aku...Aku perlu sedar...aku seorang lelaki yang kuat..yang berani...serta gagah menghadapi ujian-ujian dari Maha Berkuasa....Seorang Lelaki yang boleh sentiasa mengcurangi pasanganya..dan selalu dipersalahkan....tapi itu semuanya hipokrit..kerana kesetiaan cinta aku hanya utk seorang sahaja...

Kini pintu hati aku sudah tertutup..kunci serapat2nya utk insan yang bergelar gadis dan Hawa...biar tuhan sahaja yg menetapkan penghujung Gerhana Cinta Luka aku....dan aku hanya sekadar mampu utk berdoa agar aku dapat meneruskan perjalanan yg penuh kesunyiaan tanpa die disisi aku......Selagi jasad aku dikandung badan...dan sebelum mulut tidak mampu berbicara...aku hanya tuntut satu perkara kepadanya... " Dimanakah Janji kau dulu dan bila kau akan kotakan.." aku akan tuntut itu di akhirat nanti...walaupun Neraka itu sudah tentu utk aku tapi tidak mustahil Syurga itu menunggu ku.....

Selamat Tinggal....aku tidak akan membenarkan kelibat aku menghampiri diri kau....Biarlah aku simpan dan meninggalkan sebuah kenangan indah antara kau dan aku...biar aku abadikan dalam jiwaku...walaupun ketika ini kau sedang berbahagia disamping insan lain....

Nurkilan Jiwa Dariku: Ruzaimi