Terima kasih kerana korang sudi Singgah ke Blog ini...
Blog ini aku reka hanya semata-mata utk meluahkan segala apa yang aku rasa...agar kehidupan aku lebih sempurna untuk hari demi hari.... Tak kira perasan sedih ke, susah hati ke ataupun gembira..semuanya aku akan coret kat blog ni....So aku hanya mempersilakan pada org-org yg bleh sharing ngn aku je..okey..
Anyway..Nice to meet you all...
Friday, August 30, 2013
Saturday, July 7, 2012
Sebenarnya Aku Masih Perlukan kamu....
Sejak itu aku umpama kehilangan apa pengertian Pernikahan dan Perkahwinan...Setiap kali di tanya disakat oleh saudara mara dan teman setiap kali itu aku pura-pura tidak dengar dan pura-pura tidak faham akan persoalan itu. Puas ku berlari menyelamatkan hati aku demi tidak mahu orang bertanyakan " Bila Nak Kahwin"...erk..krik..krik..cukup bosan.
Kenangan tetap kenangan..manakah mungkin dapat dibuang begitu sahaja.....
Soal jodoh, kini aku berserah pada illahi...biar dia yang menentukan siapa jodohku yang terbaik..Dan sejak hari itu aku berhenti berharap dan berhenti berusaha utk mencari jodohku..Biar usia dimamah dek waktu..
Walaupun ku sakit, walaupun ku derita..walaupun aku terlalu sedih aku sentiasa menyayanginya, sentiasa rindu padanya...permata hati dan teman hidup yang pernah aku pilih sendiri untuk hidup bersama namun apakan daya aku terpaksa lepaskan dia tanpa kerelaan...
Sebenarnya Aku Masih Perlukan kamu.....
Friday, May 25, 2012
Ini bukan sifat keistimewaanku..
Sebenarnya tiada sifat yang istimewa yang mampu aku ungkapkan..yang perlu aku beritahu pada semua, yang perlu aku tunjukan kepada yang lain...ternyata kesetiaan mencintai seseorang adalah suatu sifat yang merugikan...sedang dalam islam telah melonggarkan bahawa kaum lelaki dibenarkan berkahwin sehingga 4 orang perempuan..tetapi aku? sedang hanya dalam percintaan terawal..aku telah yakin dgn kesetiaan aku...Apakah ini dinama keistimewaan aku? mungkin bukan didunia..apatah akhirat yang aku sendiri tidak tahu dimana tempat ku nanti disana...Subhanallah..Aku terkaku apabila memikirkan tentang itu...
Aku hanya insan yang tidak pernah tahu erti sakit..erti terluka..pelbagai dugaan aku pernah lalui bersama cinta aku..tetapi kenapa aku masih mengagongkan perhubungan yang telah berlumut, mati dan pergi ini...?
Kini die sedang sibuk menghintung setiap masanya yang hanya tinggal beberapa hari lagi die akan menjadi isteri orang lain buat selamanya...sedang aku disini sedang berfikir apa yg akn terjadi pada diri aku selepas ini...
Tabahnya aku..kena aku perlu tabah sebegini...Ya Allah kau lindungilah aku...kau kuatkan hati aku..agar aku dapat tempuhi segala kemungkinan yang bakal terjadi....Kau lembutkan hati aku..untuk sentiasa sujud kepadamu dan ambillah nyawa aku jika sudah tiba masanya..lenyapkan die dari minda dah fikiranku..Agar aku tenang untuk selamanya...
Bismillahirohmannirohim,
" Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek..." Amin
" Senyuman ku bukan utk die tapi utk kamu..kesedihan ku bukan utk kamu tetapi utk die..."
Sunday, April 29, 2012
Khas utk diri kau..
Aku tak pernah mencuba nasib aku utk memohon kau kembali didalam dakapan aku..cukup kau berikan aku sedikit waktu utk kita buat kali terakhir..Aku cuma ingin sedikit perhatian buat kali terakhir...namun ini yg kau balas pada aku...Saat kau dulu jatuh terduduk memohon sesaat pengharapan dari aku...namun aku bagi kau seluruh kehidupan aku pada kau...walaupun kau pernah melukakan hati aku sekejam-kejamnya...tapi aku masih boleh tunduk dan memberikan kau peluang demi taknak hati kau hancur...kini aku hanya memohon sedikit perhatian dari kau...sedikit sahaja..tapi kau ungkit pasal maruah dgn aku sedangkan kau sebenarnya tak layak sebut pasal maruah pada aku...kau ungkit pasal dah ludah jilat balik...mungkin kau lupa..siapa kau dulu..sebelum jadi tunang aku...dan mungkin kau lupakan...sbb aku syg..sgt2 syg..aku perjudikan hati dan perasaan kau demi kau...
Aku kesal dengan segalanya..ini kau balas utk aku...Aku cukup terluka..dengan kata-kata kau...
Apa yang mampu aku cakap pada kau..Andai tiada org yg akan meyayangi kau lagi..tetapi aku masih ada yang boleh meyayangi kau smpai bila-bila..hanya terputusnya nyawa dari badan aku...yg akan menamatkan segala-galanya....
Takziah pada Dia..
Tersentap aku seketika..namun apakan daya aku tak mampu utk pergi melawat arwahnya buat kali terakhir...berat sungguh aku hendak megucapkan sesuatu kepadanya...namun aku hnya dapat menelefon kak Maya..utk memastikan berita itu benar...memang ternyata benar.lalu aku cuba kuatkan hati utk menghantar SMS kepada die...
Pada hari keesokkannya..jenazah ibunya selamat di kebumikan..Allhamdullillah.....disusuli menerusi telefon je...utk mengambil berat dari jauh..apakan daya...jika aku hadir sekalipun belum tentu ada yg suka...
Sekali lagi aku menelefon Kak Maya...dan kak maya memberi ruang utk aku bercakap dgn sidia...
Ya Allah gugupnya jantung aku seketika...terasa rindu yg amat sgt..hampir setahun suara itu tidak berbisik di telinga ku...Namun aku cuba utk kawal emosi aku..namun ternyata gagal...
Berlinangan airmata aku ketika bercakap dgn sidia....apabila die bercakap dgn rendah dirinya..dia akan bernikah tidak lama lagi...Subahannallah..jatuh segala ego jantan aku...Sebenci-benci aku padanya..aku tetap sayang dan cinta die sorang sahaja..aku tiada siapa2 yg bleh aku jatuh cinta..melainkan die...
Die bermohon pada aku...dan berjanji..buang semua kenangan kita..dan cari yg terbaik daripada die...aku x mampu utk kotakkn janji die itu...kenangan saat aku dan die..dah kekal bersemadi didalam diri aku...dicungkil sedalam mana pun die tetap ada didalam hati dan pemikiranku...Itulah keikhlasan aku terhadapnya....
Takziah adalah kata2 terakhir aku sbelum kami menghentikan perbualan kami...disusuli soalan terakhir dari aku...Adakah apa yg die buat ini adalah keputusan terakhir die...dan adakah apa yg die miliki skrg sama seperti apa yg aku berikan dahulu? lalu die menjawab.." Jangan buat i serba salah u...dan apa yg i dapat tak sama seperti u berikan dan i tak tahu sejauh mana i akan percaya dgn apa yg die bakal miliki"....
Sungguh tenang hati aku seketika...Sekurang2nya kau sedar dan kau perlu tahu...Janji aku sepanjang hidup aku..aku akan buat yg terbaik utk kau..dan aku akan pastikan...tiada insan lain selepas aku dapat memberikan yg lebih baik utk kau. selain dari aku...
Apa-apapun Al fatihah buat Ibu tercinta Siti Radiah Binti Masram..semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman..insyallah..
Friday, March 2, 2012
Aku Bermohon kepadamu Ya Allah...
Kini aku jatuh dan terseksa selepas apa yang berlaku..semakin jauh aku melihat jodohku..dan semakin rapat pintu hati aku tertutup...
" Ya Allah ya tuhan ku yang maha pengkasih dan maha penyayang...aku menadah tangan memohon kepadamu...kau berikan aku kekuatan untuk meneruskan mengharungi dugaan ini Ya Allah...aku memohon kepada mu Ya Allah limpahan rezeki dan keredhaan mu serta memperluaskan pintu rezekiku...agar aku dapat meneruskan kehidupan aku dan saki baki kebahagiaan ini...kau bukakanlah pintu hati aku kepada insan yang benar meyayangi aku dan yang telah ditakdirkan olehmu..Amin Ya Allah.."
Friday, February 3, 2012
Tuesday, January 31, 2012
Jika tuhan takdirkan utk aku bertemu dgn dia buat kali terakhir..
Thursday, December 22, 2011
Tahniah Sayangku..
Aku meyedari semuanya umpama satu kesilapan yang amat besar dalam hidupku...namun aku perlu akur jika itu ketentuan illahi...andai perpisahan ini adalah satu perancangan dari Allah SWT....Jika ruginya bagi aku meneruskan perhubungan ini namun setiap apa yang berlaku pasti Allah SWT menjanjikan kebaikan dan rahmat pada kita..Jika apa yang aku hadapi sekarang adalah kesukaran dalam hidup dan penderitaan hati dan perasaan kerana itu yg pernah aku pohon kepadanya ketika aku hilang semangat dari terus memikirkan tentang perhubungan yang pernah aku rancangkan dalam kehidupan aku yang terakhir ini..
Lelaki itu sangat beruntung kerana aku lebih mengenali dirinya saat die tidak pernah kenal erti dunia & kejujuran, tidak pernah kenal keinsafahan dan tauladan....akulah satu-satunya lelaki yang pernah kenal die saat di IPT lagi...dan aku pernah menjadi senior dalam pengajiannya, rakannya, dan pernah juga menjadi seorang abg kepada sorang adik perempuan sehingga kami jatuh cinta lalu menjalinkan hubungan yang istimewa..dan bukan setakat itu sahaja...aku pernah menjadi bekas kekasihnya saat hubungan kami gugur dipertengahan dan kerana takdir juga kami telah dipertemukan berulangkali hingga aku menjadi Tunangnya,,,dan kini aku telah menjadi bekas tunangnya...
Semua kepahitan itu aku telan seorang diri, itulah satu tempoh yang perit utk mendewasakannya...disaat dia sendiri tidak pernah kenal pada diri sndiri dan apa yang dia inginkan dalam hidup...Setelah apa yang berlaku die telah menjadi lebih dewasa utk mengenali erti kejujuran dan kehidupan..Kini aku meyedari dia bahagia bersama tunangnya..apa yang aku mampu adalah meneruskan perjalananku seperti sediakala...Cinta dan pertemuan itu aku berserah pada takdir...
Aku tidak mampu lagi utk memikirkanya..kini aku suffer demi tidak mahu memikirkan hal-hal perasaan..tuhan telah memakbulkan doaku..inilah yang aku dapat..kesukaran utk menghadapi kehidupanku sendiri...kerana perkahwinan yang aku rancang tidak kesampaian...aku telah memilih jalan daif utk aku lupakan hal perkahwinan dan masa depanku....
Terima kasih untuk semua ini...kehidupan aku gagal kerana cinta....Tahniah sayangku...
Monday, October 31, 2011
Aku nak kau tahu..
Friday, June 24, 2011
Episod Terakhir: Kisah Aku & Dia
Sesiapa yang pernah mengikuti cerita dan kisah hidup aku sebelum ni aku amat hargainya...semuanya telah aku kongsikan bersama...andai ada yang terasa hati aku memohon maaf...sesiapa yang pernah terlibat dlm kisah aku itulah hakikat yg sebenar...andai ia meyakitkan hati sendiri....namun ia tak la sederita yang aku lalui bersendirian....sekarang aku harus tamatkn segalanya..kerana ada org yg lebih memerlukan perihatian aku...
Terima kasih segalanya...jika tiada angin tidak akan pokok bergoyang....aku harap Blog: Kisah Aku & Dia ini tidak akan ada peyambungnya...aku sendiri yang akan tamatkan segala2nya...
Semoga apa yang berlaku menjadikan aku manusia yang lebih matang,berpegalaman dan mempunyai hikmah disebaliknya...
Yang Indah itu tetap Indah..Yang Luka itu Tetap Luka...Yang Derita itu telah pun Derita...Aku harap satu hari nanti die akan sedar...apa yang telah die lakukan sehingga segalanya yg die bina hancur kerna dirinya juga...
Nurkilan Terakhir utk dirinya......
Ikhlas Dari TakumiOnizuka....
See U in Takumi in New life..
Sunday, May 22, 2011
Janji Aku Sudah Dtunaikan..
Bila aku dapat tahu aku akan berpindah semula ke Johor Bahru seolah-olah kegembiraan aku tidak dpt bygkan...Rezeki dari Allah, aku telah di tawarkan jawatan Senior Assistant Cinema Manager dn merangkap Cinema Manager yang telah dipertanggungjawab utk menjaga dan menguruskan sebuah panggung..Tapi perasaan itu harus dirasai sebelum hati aku dihancurkan....dan perlu dikongsikan kegembiraan itu dgn seorang insan yang aku sayangi yg digelar Tunangku, mati dan hidup aku hnya utknya...apa sahaja aku akan lakukan hanya utknya...namun itu semuanya dah berlalu...Ini lah "Janji Aku yang sudah aku tunaikan..." bahawa aku sudah pun pulang ke Johor Bahru dan bertugas disini...itu yang aku janjikan pada die....kerana die tidak mahu aku berjauhan dgnnya sebelum kami diijab kabulkan...itulah alasannya pada setiap kali aku berbicara tentang kahwin...Kenapa kau begitu penting buat aku..sebab kau la cinta yang abadi buat aku...tiada sesiapa yang boleh menghalang cinta aku melainkan diri aku dan diri kau yg akan me-reka alasan utk perpisahan....tetapi aku tidak tergamak akan menzalami hati aku sendiri utk memfitnah cinta dan mengusir diri kau kluar dari laman pintu hati aku...tapi apakan daya tuhan itu lebih mengetahui cinta dan harapan aku hanya sia-sia...Kini aku hanya mampu menghintung hari demi hari utk aku meninggal Johor Bahru....aku dah buat keputusan utk meletakkan jawatan aku disini...demi maruah dan ingin menjaga perasaan aku...aku harus tinggalkn Johor Bahru secepat mungkin....aku hanya mampu utk bertahan selama kurang dari 4 bulan disini....terlalu byk dugaan yang aku harus tempuhi seorang diri...selagi aku disini aku terlalu sukar utk membina kehidupan yang baru....aku harus melangkah pergi jauh dari Bau cinta aku terhadapnya yang masih melekat pada setiap tempat disini...terlalu dalam kesudiaan aku mencintaimu..walaupun kau selalu meyakitkan hati aku...Aku perlu sedar...aku seorang lelaki yang kuat..yang berani...serta gagah menghadapi ujian-ujian dari Maha Berkuasa....Seorang Lelaki yang boleh sentiasa mengcurangi pasanganya..dan selalu dipersalahkan....tapi itu semuanya hipokrit..kerana kesetiaan cinta aku hanya utk seorang sahaja...Kini pintu hati aku sudah tertutup..kunci serapat2nya utk insan yang bergelar gadis dan Hawa...biar tuhan sahaja yg menetapkan penghujung Gerhana Cinta Luka aku....dan aku hanya sekadar mampu utk berdoa agar aku dapat meneruskan perjalanan yg penuh kesunyiaan tanpa die disisi aku......Selagi jasad aku dikandung badan...dan sebelum mulut tidak mampu berbicara...aku hanya tuntut satu perkara kepadanya... " Dimanakah Janji kau dulu dan bila kau akan kotakan.." aku akan tuntut itu di akhirat nanti...walaupun Neraka itu sudah tentu utk aku tapi tidak mustahil Syurga itu menunggu ku.....Selamat Tinggal....aku tidak akan membenarkan kelibat aku menghampiri diri kau....Biarlah aku simpan dan meninggalkan sebuah kenangan indah antara kau dan aku...biar aku abadikan dalam jiwaku...walaupun ketika ini kau sedang berbahagia disamping insan lain....Nurkilan Jiwa Dariku: Ruzaimi
Wednesday, May 11, 2011
10 May 2011
Bulan Mei Tiba Lagi...
Tapikan setiap bulan Mei mesti aku rasa bosan..sunyi pun ada..sedih pun ada...yang paling takut setip bulan Mei ni umur aku mesti semakin meningkat....hurmmmmm..tapi kenapa erk mesti Bulan Mei?????
Owww baru aku tahu bulan Mei ni Bulan kelahiran aku di Muka bumi ni..Bukan lahirnya aku diMuka buku yerkk..itu FaceBook..haha..
Patut lah aku ni look sweet je rupa-rupanya aku lahir bulan Mei...Memang x bleh dinafikan klu aku ni hensem..hahaha..Perasaan sudah gua ni...
Nak tahu apa keistimewaan orang yang mcm aku ni lahir pada bulan Mei, klu korang nak tahu baca la ayat dibawah ni...klu korang dah baca janganlah korang mengejek atau termuntah plak yerk...ni realiti tau...:
Okey yang pertama:
- Orang yg lahir bulan Mei Amat Mudah Jatuh Cinta...iye ke..mudah..hurmm i dont think so...awal2 dh kena bahan..
- Baik dan jujur dalam perhubungan...Baik ke...jujur..ni aku setuju..dalam hbgn die x suka nakal2..setia yg satu katakn..
- Pandai menarik hati pasangan..memang pandai tarik hati pasangan..tpi pasangan x pndai menarik hati aku pun..;(
- Perasaan cinta yang mendalam...Kira setia yg satu la ni...hurmm myesal gak lahir bulan Mei baik lahir bulan 12 mcm die x setia pun x kisah..innocent je aku tgk..kejap je dh ada penganti aku..haisshh
- Mudah utk dipujuk...haiikkk tuihhh...meyesal..meyesal..mentang2 aku mudah dipujuk..x suka die buang suka die dtg..pastu die ketepikan aku plak...
- Kurang suka untuk sentiasa bersama..yang ni ayat die tergantung bersama mcmna tu..seblum halal or dah halal..heheh
- Mudah menerima cinta seseorang...dan single sure la mudah..kesunyiaan ni..tpi gua bukn tangkap muat okey..calon isteri wooo...kena select dulu..
- Pilihan yang tepat dalam pasangan...yang ni aku still failed..selalu gagal..dan selalu kena tipu..hidup2..bodoh gak aku ni..
- Nekad utk menjaga hubungan yang baik...smpai diri sendri x jaga..last2..terlopong..padan muka aku..percaya sgt pada die...
- Pandai mengatur hidup pasangan (Bukan King conntrol)..demi masa depan dn kebahagiaan bersama..jom awak kta kawin..esok kite dh tua..anak2 dh besarkan..kan..dan jgn membazir pergi karaoke je...(dulu la)
- Suka Mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan...konon2 mcm sweet dream la..i like..i janji akn tunaikn ok!
- Sentiasa dahagakan Kasih sayang dari pasangan tpi x pndai nak tunjukkan...mmg aku dahagakn..tpi die langsung x faham..aku je yg nak faham die..smpai org lain die jaga..tapi aku ni di biarkan...fuckkk ar!!!
- Ambil berat dlm menjga hubungan..memang aku suka nasihatkan..tapi dah x jalan dah..batu sudah duduk dalam juga..
- Pasangan ideal plak dalam bulan 6, 9,10 & 11..patut la...yang dulu bulan 12..kira x serasi la ni..hurmm takdir tuhankan..
- Orangnya sangat sensitif & beremosi tinggi..300% aku setuju..memang pun..tapi aku cuba control k
Dan yang terakhir sekali...
- orang yang lahir bulan Mei mcm aku ni layak dipermainkan....hahahha...waklu..ada aku kisah..haha
Mencabar gak orang yang lahir bulan Mei ni...tapi rumusan yang aku belh dapat kat snikan..Orang yang lahir bulan Mei ni Kacak,Menarik dan Penyayang...senang kata Romantic person la..untungnya sape dapt lelaki or perempuan lahir bulan mei ni...hahaha...
Apa-apa pun aku nak ucapakan selamat hari lahir pada semua hamba Allah yang lahir pada bulan Mei semoga panjang umur dan dilimpahkan rezekinya..serta yang masih single bukan seperti aku, dapat bertemu jodoh pada majlis hari jadinya..insyallah..amin Ya Allah...( klu la ada sambutan hari jadi utk korang)..
Lu orang happy gua happy...xde hal la klu tahun ni gua sambut sorang2 tanpa die..memang selama nie aku sambut sorang2 pun sekali je aku dapat surprise party dari sahabat baik aku iaitu Fadil, Pak Long, Abg Shah, Leman dan Alif..itu la first time aku sambut birthday...spnjg ada GF dulu pun time birthday aku je putus time birthday die ada je aku...Apa-apa pun aku x kisah..semua tu..yang penting aku happy dengan kehidupan aku...
Namun aku x bleh elak dari berjumpa Bulan Mei..Nak x nak..aku terpaksa untuk meneruskan kehidupan aku untk bulan2 seterusnya..dAN akhir sekali...
" SELAMAT HARI LAHIR RUZAIMI"
Semoga kamu tabah menghadapi segalanya dengan kekuatan dan ketabah hati kamu...
dari Nurkilanku:
TakumiOnizuka
Monday, April 4, 2011
Berakhir Kisah Kami
"..Ya Allah, kau berikan kekuatan utk aku teruskan kehidupan aku seperti sedia kala..kau lindungilah aku dari mala petaka dan hasat dengkit dari hambamu yang zalim keatas hambamu yang lemah. kau berikanlah kebahagiaan aku didunia dan akhirat dan kau berikan semangat aku yang baru utk aku teruskan hidup seperti hamba mu yang ingin mengecapi syurgamu.. amin Ya Allah.."



